Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan !

Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan !
link : Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan !

Baca juga


Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan !

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Siti Noor Aishah Atam kerana didapati bersalah atas dakwaan memiliki 12 buku mempromosi fahaman militan seperti IS.

Hakim Datuk Mohamad Shariff Abu Samah berkata, Siti Aishah disabitkan bersalah di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Shariff memerintahkan Siti Aishah menjalani hukuman tersebut dari hari dia ditahan dan mengarahkan kerajaan melupuskan serta mengharamkan 12 buku terbabit.
Hakim berkata, Siti Aishah didapati bersalah kerana pendakwa raya, Mohd Mustaffa P Kunyalam berjaya membuktikan semua kenyataan pembelaannya tidak munasabah.
“Saya dapati hujahan pembelaan Siti Aishah tidak munasabah. Justeru, saya berpuas hati dengan hujahan pendakwa raya.
“Keseriusan unsur ganas ini sangat jijik dan kotor perbuatan ini. Itulah jihadnya. Kita tak boleh tolak ansur, mahkamah titik beratkan perkara itu,” katanya ketika membacakan penghakimannya.
Sementara itu, peguam Siti Aishah, Kamaruzaman Abd Wahab meminta mahkamah mengurangkan hukuman ke atas anak guamnya memandangkan ini kesalahan pertama tertuduh dan ia mungkin berpunca daripada pengaruh pensyarahnya.
“Ini kesalahan pertama dan Siti Aishah ada masa depan cerah. Beliau sudah insaf. Beliau beli buku ini sebab suka membaca sebelum diharamkan KDN (Kementerian Dalam Negeri).”
Pendakwa raya pula meminta mahkamah mengambil tindakan serius untuk memberi pengajaran kepada Siti Aishah dan rakyat.
Siti Aishah pertama kali ditahan pada Mac 2016, di bawah Sosma kerana memiliki 12 buku yang didakwa berkaitan kumpulan militan.
Antara judul buku itu adalah “Visi Politik Gerakan Jihad”, “Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa Dan Siapa Zarqawi Apa Rencana Mereka Ke Depan”, “Dari Usama Kepada Para Aktivis”, “Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan al-Qaeda” dan “Ketika Maslahat Dipertuhankan dan Menjadi Taghut Model Baru”.
Siti Aishah mengaku tidak bersalah memiliki buku berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada April 2016 dan mendakwa buku itu adalah untuk kajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya (UM) pada 2012 hingga 2013.
Selepas ditahan pada Mac 2016, Siti Aishah dibuang UM kerana gagal hadir ke kelas. Ketika itu, dia mengambil jurusan dalam bidang Usuluddin.
Pada September lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Siti Aishah daripada semua pertuduhan atas alasan tiada kes prima facie dibuktikan terhadapnya.
Bagaimanapun, dia ditahan semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 atau Poca selama 60 hari, pada hari sama dia dibebaskan.
Sebaik dibebaskan, dia diletakkan di bawah tahanan rumah dengan dipasang peranti pengawasan elektronik bagi memastikan dia tidak meninggalkan daerah Surah di Dungun, Terengganu, tanpa kelulusan polis.
Siti Aishah kemudiannya ditahan semula di bawah Sosma dan dimasukkan ke Penjara Kajang sejak 29 Mac lalu. #sumber


Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan !

Sekianlah artikel Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/siti-aishah-di-penjara-lima-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siti Aishah Di Penjara Lima Tahun Kerana Memiliki 12 Buku Militan !"

Posting Komentar