Judul : Sebokkkk Politik PAN Ni!!!!! Salahuddin diingatkan jangan sibuk pasal PAS...
link : Sebokkkk Politik PAN Ni!!!!! Salahuddin diingatkan jangan sibuk pasal PAS...
Sebokkkk Politik PAN Ni!!!!! Salahuddin diingatkan jangan sibuk pasal PAS...
"Jangan sibuk hal orang (PAS). Jaga parti sendiri dahulu."
Itu kata sindiran yang dilemparkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi kepada Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub yang seolah-oleh menyibuk urusan parti yang 'dihuninya' dahulu.
Menurut Azariza, Salahuddin tidak perlu masuk campur urusan PAS terutamanya urusan meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 kerana jelas nampak 'tidak manis'.
"Urusan itu (pindaan RUU 355) adalah hak orang Islam. Sepatutnya beliau kena fikir lebih jauh, apa sumbangan PAN untuk perkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Apa peranan ahli parlimen mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Salahuddin yang memberi bayangan seolah usaha PAS untuk meminda RUU355 semakin sukar malah seakan mustahil setelah kerajaan tidak mengambil alih pembentangan usul tersebut.
Bagi pihaknya, Azariza berkata, mereka sentiasa bersedia mental dan fizikal dalan setiap keputusan yang bakal dibuat barisan kepimpinan PAS dan kekal optimis dengan usaha tersebut.
Pada Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 kerana ia berasaskan konsensus yang menjadi amalan Barisan Nasional (BN).
Sekaligus, RUU355 kekal menjadi usul persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang dan terpulang kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menentukan kedudukan RUU akan dibentangkan atau tidak dalam persidangan Dewan Rakyat tahun ini, berdasarkan kepada peraturan dewan.
Sebokkkk Politik PAN Ni!!!!! Salahuddin diingatkan jangan sibuk pasal PAS...
Sekianlah artikel Sebokkkk Politik PAN Ni!!!!! Salahuddin diingatkan jangan sibuk pasal PAS... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Sebokkkk Politik PAN Ni!!!!! Salahuddin diingatkan jangan sibuk pasal PAS... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/sebokkkk-politik-pan-ni-salahuddin.html
0 Response to "Sebokkkk Politik PAN Ni!!!!! Salahuddin diingatkan jangan sibuk pasal PAS..."
Posting Komentar