Judul : Rohani: Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Umur Bersara 65 Tahun
link : Rohani: Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Umur Bersara 65 Tahun
Rohani: Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Umur Bersara 65 Tahun
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan had umur persaraan sehingga 65 tahun buat masa ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata, meskipun kerajaan menerima banyak syor supaya had umur boleh bekerja dinaikkan tetapi tidak semua yang berminat untuk bekerja selepas 60 tahun.
“Kita menerima banyak maklum balas berkata (tingkat umur persaraan kepada 65). Tapi bukan semua yang mencapai 60 tahun ingin terus bekerja. Sesetengah mahu bersara.
“Kita cuba layan kehendak macam ini. Kalau mahu bekerja, teruskan bekerja,” kata beliau.
Terdahulu beliau merasmikan Seminar Kebangsaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan (Makpem) 2017 yang bertemakan Social Protection & Sustainable Development – Empowering Older Persons di sini.
Pada masa sekarang umur persaraan sektor awam dan swasta adalah 60 tahun.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60 tahun.
Kata Rohani, kerajaan juga sentiasa membincang dengan pihak berkepentingan bagi memperkenalkan dasar dan program bagi mewujudkan ekosistem yang mengalak penuaan aktif warga emas di negara ini.
Selain keboleh pasaran kerja, kata beliau, kajian juga dilakukan merangkumi keperluan perumahan, kesihatan, sosial dan kebajikan golongan itu.
Ini selaras dengan unjuran bahawa Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030, di mana 15.3% daripada penduduk adalah warga tua. #sumber
Rohani: Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Umur Bersara 65 Tahun
Sekianlah artikel Rohani: Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Umur Bersara 65 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rohani: Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Umur Bersara 65 Tahun linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/rohani-kerajaan-tidak-bercadang.html
0 Response to "Rohani: Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Umur Bersara 65 Tahun"
Posting Komentar