PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM

PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM
link : PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM

Baca juga


PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM

Datuk Seri Najib Tun Razak kagum dengan kebolehan pendebat bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang kampus utamanya terletak di Nilai, Negeri Sembilan yang muncul naib juara pada Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Doha, Qatar semalam.

“Kagum dengan kebolehan mahasiswa-mahasiswi kita di Pertandingan Debat Bahasa Arab Uni Antarabangsa di Qatar. Tahniah @usim menjadi naib johan!,” kata perdana menteri dalam laman Twitter beliau hari ini.

Bertanding dalam kategori bukan penutur asal Bahasa Arab bersama 30 pasukan debat universiti dari pelbagai negara, pendebat USIM beraksi cemerlang apabila menang semua perlawanan di peringkat pusingan.

Mereka menewaskan pasukan debat dari Deakin University, Australia; German Europe Institution, German; Meridian Atuluku, Turkey; Universiti Islam Indonesia, Indonesia dan University of Real Madrid, Sepanyol.

Pendebat Bahasa Arab Usim dibarisi oleh Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Anis Amirah Zakaria, Nur Akma Mohd Dali dan Muhammad Syafiq Suhaimi yang kesemuanya merupakan pelajar jurusan Undang-undang dan Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-undang Usim.

Di peringkat akhir, pendebat Usim bertemu pendebat University Sciences Po Parissa, Perancis.

Pertandingan yang bermula sejak 8 April lepas dan berakhir semalam dengan 86 buah pasukan dari 46 buah negara menyertai IUADC pada edisi kali ini yang berlangsung di Qatar National Convention Centre. – Bernama


PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM

Sekianlah artikel PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pm-najib-kagum-dengan-kebolehan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM"

Posting Komentar