Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS

Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS
link : Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS

Baca juga


Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS

Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad berkata pendedahan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengenai seorang bekas pemimpin PAS menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertujuan membuat masyarakat mempunyai persepsi buruk terhadap PAS.

"Tujuannya memang mahu memburukkan PAS. Selama ini dia (Rafizi) tuduh PAS macam-macam. Kita pelik juga. Mula-mula dia kata PAS dapat RM90 juta, kemudian sebut orang yang rapat dengan PAS, kemudian sebut bekas pimpinan PAS, Tiga langkah ini, apa tujuannya? Saya pun tak faham.

"Kesian kepada pimpinan PKR lain yang punyai hubungan baik dengan PAS," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Terdahulu hari ini, Rafizi mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana daripada 1MDB dalam satu sidang media di ibu pejabat Invoke di Kuala Lumpur.

Idris berpandangan pendedahan Rafizi itu adalah di atas kapasiti peribadi dan bukan pendirian rasmi parti.

Dalam pada itu ketika ditanya sama ada pendedahan Rafizi memberi kesan kepada tahaluf siyasi PAS dengan PKR, Idris sambil berkias menyifatkan ia seperti 'sejuk di kepala, panas di dada'.

"Saya tak tahu bagaimana muktamar akan olah, terpulang kepada muktamar," katanya lagi.

Muktamar Tahunan PAS Pusat akan berlangsung bermula 29 April sehingga 1 Mei depan. 


Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS

Sekianlah artikel Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pendedahan-rafizi-bertujuan-burukkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS"

Posting Komentar