PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim

PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim
link : PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim

Baca juga


PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim

PAS sekali lagi memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meletakkan calon di kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerusi PKR, yang merupakan satu-satunya parti yang masih mempunyai tahaluf siyasi dengan PAS, akan diganggu jika ia ingkar dengan permintaan tersebut.

"Kita beritahu jangan ganggu kerusi PAS. Bila ada kerusi PAS diganggu maka kita bebas bertanding di mana-mana, termasuk PKR, Amanah dan mana-mana pihak di dalam PH," katanya di sidang media Ijtimak PAS Selangor bertempat di Dewan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru, hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas PAS dilapor 'mengarahkan' parti pembangkang supaya tidak masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.

Tindakan itu menurut PAS, perlu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru ketika PAS menentang Umno.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menepis gesaan itu sebagai amaran, sebaliknya ia menunjukkan komitmen parti itu untuk terus mempertahankan kerusi-kerusi tradisional mereka.

Reaksi itu diberikan selepas bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan supaya pembangkang berundur dan beri laluan kepada PAS bertanding sebagai sombong dan bongkak.

Mahfuz hari ini berkata PAS sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan daripada pengundi.

"Ini bukan arahan. Kita akui PAS tak boleh arahkan parti-parti lain. Yang kita sebut bukan arahan, tetapi komitmen sekiranya kerusi PAS tak diganggu maka kita pun tak ganggu kerusi lain.

"Namun apabila Amanah isytihar hendak bertanding kerusi PAS, termasuk di Shah Alam, ia dimenangi atas kerusi PAS dan kita akan pertahan kerusi tersebut. Mereka faham kerusi itu kerusi tradisi PAS yang akan dikekalkan. Jika mereka ganggu kita harap rakan dalam PH akan ingatkan demi perubahan besar dalam konteks negara, maka kena akur.

"Saya lihat yang akan jadi gangguan adalah faktor (kenyataan) hendak serang Kelantan, ambil alih Kelantan," tegas Tuan Ibrahim lagi.


PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim

Sekianlah artikel PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pas-tanding-kerusi-pkr-jika-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS tanding kerusi PKR jika kerusi tradisi diganggu - Tuan Ibrahim"

Posting Komentar