Judul : PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan politiknya sendiri
link : PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan politiknya sendiri
PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan politiknya sendiri
UMNO Pulau Pinang tidak terkejut dengan tindakan kesemua 13 PAS kawasan di negeri itu mengusulkan PAS Pusat memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sambil menasihati agar PAS lebih berhati-hati memilih rakan politik pada masa depan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan-rakan politiknya dalam pakatan pembangkang.
“Mereka (PAS) telah berkerja keras untuk membantu DAP dan PKR menang dua penggal iaitu 2008 dan 2013 (di Pulau Pinang) tetapi lihat sekarang apa yang mereka dapat. Saya kasihan dengan nasib mereka,” katanya.
Zainal Abidin mengulas keputusan semua 13 PAS kawasan di negeri ini yang secara sebulat suara meluluskan usul menamatkan kerjasama politik dengan PKR dalam muktamar tahunan masing-masing.
Mengulas lanjut beliau berkata, hubungan PAS dengan UMNO negeri sentiasa baik selama ini dan kedua-dua parti bekerjasama dalam hal-hal ummah.
PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan politiknya sendiri
Sekianlah artikel PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan politiknya sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan politiknya sendiri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/pas-sudah-lama-dianaktirikan-oleh-rakan.html
0 Response to "PAS sudah lama dianaktirikan oleh rakan politiknya sendiri"
Posting Komentar