Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai...

Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai... - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai...
link : Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai...

Baca juga


Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai...

“Kami bukan setakat Tok lebai tapi Tok lebai yang “legislator”,” kata pemimpin PAS, Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, sebagai Tok Lebai “legislator” maka menjadi kewajipan kepada pemimpin PAS bercakap dan menggubal hukuman Islam.
“Saya ditanya Ahli Parlimen bukan islam, kenapa PAS bersungguh nak laksanakan hukum Islam. Mengapa tidak utamakan dulu soal mendidik kerana islam mengutamakan pendidikan berbanding hukuman.
“Saya jawab ya Islam utamakan pendidikan namun untuk menjaga manusia Allah sebagai pencipta manusia telah mempersiapkan acuan hukuman sebagai sebahagian bentuk pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, Ahmad Marzuk menyeru segelintir pihak yang menganggap diri mereka sebagai agamawan jangan mengelirukan pemahaman orang ramai terhadap Islam.
“Penjelasan tentang Islam mestilah dalam ruang teks dan juga konteks. Semoga Allah memberi hidayah buat kita dan mereka,” katanya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.
Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pemimpin PAS berpakai seperti lebai tetapi memiliki perangai yang hodoh.
Usaha PAS untuk meminda Akta 355 di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah dibantah hebat oleh Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP dan dianggotai Parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR)
DAP mengganggap pindaan Akta 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang zalim, kuno dan bersifat menindas.
PKR dan PAN pula mendakwa cadangan PAS itu mengelirukan dan menimbulkan keresahan bukan Islam.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mengecam usaha PAS untuk meminda Akta 355 yang akan turut mempertingkatkan hukuman ke atas mereka yang berzina dan minum arak.
Mohd. Asri berhujah Islam melarang menangkap orang yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti di dalam rumah atau bilik yang berkunci.


Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai...

Sekianlah artikel Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/lagi-mp-pas-tibai-azmin-isu-tok-lebai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lagi MP PAS tibai Azmin isu tok lebai..."

Posting Komentar