Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah !

Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah !
link : Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah !

Baca juga


Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah !


KUALA TERENGGANU: Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang Datuk Adam Rosly mungkin berdepan tindakan disiplin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika beliau terbukti bersalah bagi enam pertuduhan berkaitan rasuah.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pimpinan parti itu tidak akan berkompromi dengan isu yang membabitkan kes rasuah kerana agenda parti adalah berpegang teguh kepada integriti, telus dan akauntabiliti.

"Jawatankuasa Disiplin PKR akan mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota parti yang didapati bersalah melanggar undang-undang terutamanya kes rasuah.

"Sudah tentu, kita mahu sesiapa sahaja yang didakwa diberi layanan saksama namun, jika didapati bersalah parti akan menjunjung (keputusan mahkamah) kerana agenda integriti, ketelusan dan akauntabiliti adalah utama bagi parti.

"Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melanggar undang-undang Malaysia termasuk yang membabitkan kes rasuah sudah tentu akan diadili oleh jawatankuasa disiplin parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Keadilan Terengganu 2017 di sini, Sabtu.
Turut hadir Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail.

Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Adam, yang juga ahli perniagaan, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dua hari lepas bagi enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian banglo mewah di Ampang.

Mengulas kedudukan Adam sebagai sebagai Ketua Pemuda AMK Ampang, Nurul Izzah berkata perkara itu sudah dibincangkan di peringkat AMK tetapi ia akan dibincang dengan lebih lanjut di peringkat pusat tidak lama lagi. #sumber


Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah !

Sekianlah artikel Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/nurul-izzah-adam-rosly-berdepan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nurul Izzah: Adam Rosly Berdepan Tindakan Disiplin Jika Dia Bersalah !"

Posting Komentar