Judul : MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?
link : MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?
MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?
MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta? Sebuah syarikat yang dibenarkan melaksanakan projek membina dan menyiapkan sistem saliran di Padang Negara, Batu Burok, di sini, lima tahun lalu memfailkan saman lebih RM5 juta terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar Terengganu kerana mendakwa mungkir janji.
Syarikat Flo Constructions Sdn Bhd, selaku plaintif menamakan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu (JPSNT) defendan pertama diikuti Menteri Besar Terengganu defendan kedua dan Kerajaan Terengganu defendan ketiga dalam pernyataan tuntutannya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Plaintif mendakwa, disebabkan pihak JPSNT tidak dapat menyediakan pelan projek dalam masa singkat, jadi surat permohonan kedua kepada defendan kedua dibuat pada 27 September 2012 bagi memohon supaya projek itu dilaksanakan olehnya secara reka dan bina dan permohonan itu juga diluluskan defendan kedua.
Selepas membalas Surat Niat dari Perbendaharaan Negeri dan JPSNT, plaintif mendakwa melantik syarikat Jurukur Bahan CMC Sdn Bhd (CMC), Mymy Consult (Mymy) dan Jurukur Roshdi selaku konsultannya.
MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?
Dalam masa sama, plaintif mendakwa menghadiri beberapa siri mesyuarat teknikal di Pejabat JPSNT, malah turut menghadiri kesemua mesyuarat yang telah diwajibkan sehingga plaintif menghantar anggaran kos pembangunan berjumlah RM10,677,382.49.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa sehingga semalam, JPSNT gagal dan enggan mengadakan mesyuarat muktamad rundingan harga, selain mendakwa dimaklumkan projek diluluskan sebelum ini, akan diberikan kepada pihak lain.
Susulan itu, plaintif mendakwa terpaksa menanggung kos hutang berjumlah RM740,146 (yang sepatutnya dibayar kepada syarikat CMC dan Mymy) dan RM79,107 (yang sepatutnya dibayar kepada Juruukur Roshdi) bagi kerja-kerja yang telah dijalankan.
MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?
Tidak berpuas hati dengan tindakan defendan yang dianggap mungkir janji, plaintif menuntut ganti rugi iaitu RM3,667,385.80 kerana kerugian kehilangan keuntungan dan kos hutang yang ditanggung bagi kerja-kerja yang dijalankan oleh konsultan plaintif .
Dalam masa sama, plaintif juga menuntut ganti rugi sebanyak RM2,000,000 termasuk ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk (aggravated damages), kos tindakan ini dan lain-lain. - sinar
MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?
Sekianlah artikel MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/mb-terengganu-bakal-disaman-rm5-juta.html
0 Response to "MB Terengganu Bakal Disaman RM5 Juta?"
Posting Komentar