Judul : Kit Siang 'guna' pemimpin Melayu untuk lawan BN
link : Kit Siang 'guna' pemimpin Melayu untuk lawan BN
Kit Siang 'guna' pemimpin Melayu untuk lawan BN
Keengganan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai parti itu jelas membuktikan beliau menggunakan pemimpin Melayu untuk melawan Barisan Nasional (BN).
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Teo Chee Kang berkata, DAP boleh dikategorikan sebagai parti terkuat dalam pakatan tersebut apabila memegang 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Katanya, oleh demikian, maka amat jelas bahawa Kit Siang sebenarnya yang memainkan peranan utama bukan sahaja mengetuai barisan hadapan di Parlimen, tetapi juga dalam menguruskan Pakatan Harapan yang diketuai DAP secara keseluruhannya.
“Saya hairan kenapa dia mengelak daripada memegang jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan itu, sedangkan kalau diikutkan perlembagaan, Kit Siang juga sudah layak menjadi Perdana Menteri!
“Kit Siang memberi gambaran yang jelas bahawa beliau menggunakan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan apabila menolak memegang jawatan tertinggi Pakatan Harapan atau Ketua Pembangkang,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya Ahad.
Tambah Chee Kang, Kit Siang mesti menyatakan dengan jelas kepada rakyat Malaysia mengapa sanggup bertindak sedemikian kerana ini sangat pelik apabila parti terbesar dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu membenarkan parti-parti yang lebih kecil untuk menerajui.
“Persoalan mengapa Kit Siang menolak memegang jawatan tersebut turut bermain dalam fikiran semua orang. Adakah sebenarnya DAP menjadi tuan kepada boneka yang dimainkan dalam semua lakonan ini?
“Selain itu, adakah DAP akan menggunakan pengaruhnya dalam membuat keputusan dalam Pakatan Harapan melalui kesatuan pemimpin Melayu?,” tambahnya.

Sekianlah artikel Kit Siang 'guna' pemimpin Melayu untuk lawan BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kit Siang 'guna' pemimpin Melayu untuk lawan BN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/kit-siang-guna-pemimpin-melayu-untuk.html
0 Response to "Kit Siang 'guna' pemimpin Melayu untuk lawan BN"
Posting Komentar