FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub !

FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub !
link : FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub !

Baca juga


FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub !


KUANTAN: Mereka yang berminat untuk menikmati durian Musang King boleh datang ke Raub, Pahang kerana ia sudah mulai luruh sekarang.

Musang King yang ada menurut Pengarah Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri Hasan Jusoh, adalah buah di luar musim sebelum musim sebenar pada bulan April hingga Ogos ini.

"Minggu lalu harga ladang Musang King ialah RM38 sekilogram, menurun daripada RM50 sekilogram sebelumnya, memandangkan bekalan buah yang semakin meningkat.

"Bagaimanapun harga runcitnya ialah sekitar RM50 hingga RM60 sekilogram bergantung kepada keadaan seperti keadaan buah, tempoh buah disimpan dan kawasan jualan," katanya.

Hasan berkata pengusaha Musang King lebih selesa menjual sendiri buah itu dan akan merujuk kepada Fama jika berhasrat untuk mengeksport ke negara luar seperti Singapura dan Brunei yang memberi sambutan luar biasa kepada buah itu.

Hasan menambah selain buah segar, turut mendapat permintaan ialah isi durian sejuk beku yang boleh bertahan sehingga enam bulan dan tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King.

"Pes yang diperbuat daripada isi Musang King mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang lebih sedap. Pada kebiasaannya dijual pada harga RM120 sekilogram dan dijual dalam dua paket menjadikan harga jualannya RM240.

"Bagaimanapun, Fama masih tidak mempunyai stok lagi kerana bilangan buah yang masih kurang," katanya.

Beliau berkata rasa Musang King di Raub mendahului durian di kawasan lain kerana faktor geografinya yang berbukit-bukau dan kedudukannya di banjaran Titiwangsa berserta kesesuaian tanah.

Beliau menasihatkan pembeli untuk memeriksa durian yang dibeli dengan sewajarnya bagi memastikan harga yang dibayar adalah berpadanan dengan buah yang diperoleh.

"Musang King boleh dibezakan dengan tapak durinya yang lebih lebar dan tajam berbanding durian lain dan mempunyai tanda tersendiri iaitu tanda seperti tapak sulaiman di bawah buahnya," katanya.  #sumber



FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub !

Sekianlah artikel FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/fama-berita-baik-durian-musang-king.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "FAMA: Berita Baik, Durian Musang King Sudah Mula "Luruh" Di Raub !"

Posting Komentar