Judul : Kit Siang dicabar berdebat mengenai tajuk "DAP adalah pemerintahan diktator"
link : Kit Siang dicabar berdebat mengenai tajuk "DAP adalah pemerintahan diktator"
Kit Siang dicabar berdebat mengenai tajuk "DAP adalah pemerintahan diktator"
Bekas pemimpin DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini mencabar tokoh utama DAP Lim Kit Siang untuk berdebat mengenai tajuk DAP adalah pemerintahan diktator.
Tunku Aziz, yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, membuat cabaran itu untuk mendedahkan sebab sebenar Lim memilih Melayu untuk mempengerusikan Pakatan Harapan.
Katanya, strategi Lim adalah bertujuan untuk memperdaya pengundi Melayu bahawa seorang Melayu akan memegang tampuk kuasa dan mentadbir negara jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Saya tahu Lim akan sentiasa menafikan bahawa beliau seorang dictator dan bersikap hiprokrit terhadap demokrasi.
“Oleh itu, saya mencabar beliau untuk berdebat mengenai tajuk DAP diperintah dan didokong secara diktator,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Tunku Aziz berkata, keputusan Kit Siang melepaskan jawatan pengerusi pakatan pembangkang adalah satu taktik untuk menenangkan kebimbangan orang Melayu terhadap seorang pemimpin DAP mengambil alih kuasa negara.
“Beliau menggunakan Melayu untuk melemahkan Melayu. Itu sebab beliau enggan menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, atau ketua pembangkang di Parlimen.
“Hakikat sebenarnya, jika Pakatan memenangi pilihan raya umum ke 14, Kit Siang akan segera merampas mahkota tertinggi politik – jawatan Perdana Menteri,” tambahnya.
Kit Siang dicabar berdebat mengenai tajuk "DAP adalah pemerintahan diktator"
Sekianlah artikel Kit Siang dicabar berdebat mengenai tajuk "DAP adalah pemerintahan diktator" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kit Siang dicabar berdebat mengenai tajuk "DAP adalah pemerintahan diktator" linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/kit-siang-dicabar-berdebat-mengenai.html
0 Response to "Kit Siang dicabar berdebat mengenai tajuk "DAP adalah pemerintahan diktator""
Posting Komentar