Judul : "Masuk DAP": Kit Siang Harap Zaid Tak Bersikap Umpama Primadona
link : "Masuk DAP": Kit Siang Harap Zaid Tak Bersikap Umpama Primadona
"Masuk DAP": Kit Siang Harap Zaid Tak Bersikap Umpama Primadona
PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengingatkan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang baharu menyertai parti itu supaya tidak bersikap umpama 'primadona'.
Malah Kit Siang turut berharap Zaid dapat bertahan lama dalam parti itu.
"Ramai bertanyakan soalan kepada saya sama ada Zaid akan menyertai DAP dan berapa lama beliau akan bertahan.
"Saya kenal Zaid sudah lama. Saya tahu dia berfikiran politik. Beliau kena memainkan peranan sebagai 'team player' (ketua pasukan) dan bukannya primadona," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Zaid secara rasmi mengumumkan penyertaannya dalam DAP di kediamannya di sini, Selasa.
Majlis turut disaksikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kit Siang berkata, beliau percaya semua pihak pastinya mempelajari sesuatu daripada pengalaman lalu.
"Jadi, saya percaya Zaid boleh menjadi ketua pasukan dan bukannya primadona," katanya.
Beliau menambah, peranan sebagai ketua pasukan itu antara lain dapat memperkukuhkan DAP, sekali gus membantu mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik di bawah Pakatan Harapan.
Penyertaan Zaid dalam DAP merupakan yang ketiga selepas beliau meninggalkan Umno pada 2008.
Zaid sebelum ini juga pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita). #sumber
"Masuk DAP": Kit Siang Harap Zaid Tak Bersikap Umpama Primadona
Sekianlah artikel "Masuk DAP": Kit Siang Harap Zaid Tak Bersikap Umpama Primadona kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca "Masuk DAP": Kit Siang Harap Zaid Tak Bersikap Umpama Primadona linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/masuk-dap-kit-siang-harap-zaid-tak.html
0 Response to ""Masuk DAP": Kit Siang Harap Zaid Tak Bersikap Umpama Primadona"
Posting Komentar