BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS

BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS
link : BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS

Baca juga


BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS

Anggota Pas diingatkan untuk berhati-hati dengan ‘muslihat’ Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perwakilan Pas Johor, Nazari Mokhtar berkata ini kerana ‘hasrat sebenar’ Dr Mahathir sukar dibaca.

“Oleh itu, tindakan kita untuk tidak bersama PPBM adalah satu tindakan yang tepat.

“Ini adalah masanya untuk kita meraih undi Melayu. Kalau kita tidak berhati-hati, Pas akan kehilangan sokongan dari pengundi Melayu,” kata Nazari sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden Pas ketika hari kedua Muktamar Pas Pusat hari ini.

Nazari turut menyelar Dr Mahathir dan menyifatkan pemimpin PPBM itu sebagai ‘Mr U-Turn’ kerana mengubah pendirian berhubung kerjasama dengan Pas.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak berhasrat untuk memulakan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang medianya, Abdul Hadi berkata PPBM dilihat tiada arah dan tidak mempunyai wawasan kepimpinan yang jelas.

MEMPERKASAKAN DHPP

Sementara itu seorang lagi perwakilan Pas menggesa pimpinan parti untuk memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dalam usaha menterjemahkan ‘Sejahtera Bersama Islam’ kepada rakyat umum.

Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata DHPP ialah komponen penting dalam menunjukkan Pas sebagai parti yang sesuai untuk mentadbir negara.

“Setiap kawasan wajar mengukuhkan DHPP masing-masing.

“Saya berharap kita dapat menarik lebih ramai lagi ahli DHPP daripada kaum Tionghua,” kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar Presiden.

Pendapat tersebut dikongsi perwakilan dari Melaka, Abdul Halim Mydin yang turut mencadangkan ahli DHPP diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum nanti.

“Ini penting dalam usaha Pas untuk memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU nanti,” kata Abdul Halim.


BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS

Sekianlah artikel BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/berhati-hati-dengan-mahathir-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BERHATI-HATI DENGAN MAHATHIR, KATA PERWAKILAN PAS"

Posting Komentar