Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen

Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen
link : Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen

Baca juga


Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen

PETALING JAYA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membentangkan sendiri rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Parlimen yang sedang bersidang ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik Utusan Malaysia berkata, tindakan itu selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang begitu komited mengetengahkan hasrat berkenaan tanpa mengganggu-gugat kepentingan kaum dan agama lain di negara ini.
Beliau berkata, perkembangan itu memperlihatkan kerjasama kerajaan BN dengan “rakan baru” yang pernah menjadi musuh politik untuk bersama memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa.
“RUU 355 akan dibentang sendiri oleh kerajaan di Parlimen tidak lama lagi. Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar akan bersama kita.
“‘Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita, tapi mereka sudah faham untuk sama-sama tangani masalah (berkaitan Islam) dengan tidak mengetepikan agama lain,” katanya yang dipetik akhbar itu hari ini.
Ahad lalu, Najib dilaporkan berkata, kerajaan pimpinan BN mengutamakan langkah mendahulukan rakyat dalam sebarang kerjasamanya dengan PAS demi memastikan kesejahteraan rakyat.
Katanya, pemimpin parti berkenaan perlulah mengetepikan ideologi sempit politik kepartian dalam jalinan kerjasama sedemikian kerana ia tidak memberi keuntungan kepada semua pihak.
RUU 355 pertama kali dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
Ahli Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini. #sumber


Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen

Sekianlah artikel Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/zahid-hamidi-kerajaan-bn-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid Hamidi: 'Kerajaan BN' Akan Bentangkan RUU 355 Di Parlimen"

Posting Komentar