UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA?

UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA?
link : UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA?

Baca juga


UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA?

shahbudindotcom

Secara tiba-tiba pada 1 Mac lalu, tersebar berita mengenai pengarah pemasaran sebuah syarikat membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin kanan UMNO yang mendakwa melakukan penyelewengan dana sebanyak RM2.7 juta melibatkan yayasan yang diterajuinya.

Dana tersebut dikatakan adalah geran untuk membangunkan perisian komputer bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM.

Laporan polis yang dibuat pada Isnin, 27 Februari itu kemudian dipanjangkan SPRM untuk tindakan seterusnya.

Ketika itu, semua orang berteka-teki siapakah pemimpin kanan UMNO tersebut, tambahan lagi apabila SPRM pada 2 Mac turut mengeluarkan kenyataan akan menyiasat "Ahli MT UMNO" tersebut, meskipun dilaporkan laporan polis itu sudah ditarik balik.
 
 
 
 
Dalam kenyataannya kepada media, pengarah pemasaran itu mengatakan beliau menarik balik laporan polisnya kerana menganggap kes yang dibangkitkannya sudah selesai.

Walaupun demikian, di media sosial khususnya, masih ramai yang tertanya-tanya siapakah "Ahli MT UMNO"  yang dikaitkan itu dan benarkan dakwaan yang ditujukan terhadapnya?

Ada juga yang mempersoalkan kenapa SPRM terlalu cepat memberi kenyataan dan dengan berani pula menyebut pemimpin berkenaan sebagai "Ahli MT UMNO"?

Segala-galanya hanya terdedah apabila Annuar Musa yang sedang berada di Mekah memberi respon agak panjang mengenai perkara tersebut di laman Facebook miliknya.

"Kita terpinga-pinga dibuatnya berikutan adanya laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kemudian dengar pula laporan polis ditarik balik kerana sudah selesai cara baik,” kata Annuar dalam tulisannya di laman sosial itu.
 
 
 
 
Selain menafikan segala tuduhan yang ditujukan terhadapnya, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Pengerusi Mara turut menyifatkan, segala dakwaan terhadapnya dan melibatkan yayasan yang diterajuinya, adalah fitnah dan palsu.
“Apakah aduan palsu dan memberi maklumat palsu tidak perlu disiasat atau ‘tangan ghaib ini’ cukup berkuasa dan boleh mengatur segalanya mengikut selera mereka?
“Cukuplah saya membiarkan pihak tertentu bebas dengan tindakan mereka. Apakah undang-undang negara ini sewenang-wenangnya membenarkan tuduhan atau aduan untuk diviral sehingga pihak tidak bersalah menjadi mangsa fitnah demi fitnah.
“Apakah ini senjata peras ugut apabila kehendak seseorang atau taiko di belakangnya tidak ditunaikan atau bila lagi perniagaan seseorang tidak menjadi?” soal beliau lagi.
Sehubungan itu, Annuar kini menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa telah memfitnahnya.
Meskipun diketahui bahawa pihak yang membuat laporan polis itu adalah seorang pengarah pemasaran, di media sosial dan warung kopi orang-orang UMNO berhampiran PWTC, rancak diperbualkan bahawa seorang Ahli Majlis Mara adalah antara yang dikatakan terlibat mendalangi laporan polis kepada Annuar itu.
Individu berjawatan pengarah pemasaran itu pula  adalah seorang ahli UMNO dan pernah bertanding jawatan Exco Pemuda dalam pemilihan 2013 yang lalu, tetapi tewas.
Annuar sendiri dalam tulisannya turut menyebut tentang kewujudan "tangan ghaib" dan "taiko yang berada di belakang" dalam kemelut yang dihadapinya.
Siapakah "tangan ghaib" dan "taiko"  tersebut dan adakah Annuar memang menyedari ada musuh dalam persekitaran yang dekat dengannya?


 
 
Tidak lama sebelum ini, ketika Annuar berada di New Zealand, satu mesyuarat khas Ahli Majlis Mara telah diadakan secara mengejut dan hasilnya beliau telah digantung jawatan sebagai Pengerusi Mara untuk membolehkan siasatan dijalankan berhubung tajaan UniKL dan Pelaburan Mara Bhd kepada pasukan bolasepak Kelantan.
Kali ini, ketika berada di Mekah, beliau sekali lagi menghadapi serangan berkaitan penyelewengan dana pula.
Adakah kedua-dua kejadian menimpa Annuar itu melibatkan Ahli Majlis Mara yang sama atau ada kaitan antara kedua-duanya?
Apakah permasalahan sebenar antara Annuar dengan Ahli Majlis Mara itu?
Siapakah yang bakal kena saman dengan Annuar kali ini?
Pengarah pemasaran yang membuat laporan kepadanya saja atau Ahli Majlis Mara yang menjadi sebutan ramai dan disebut sendiri oleh Annuar sebagai "tangan ghaib" dan "taiko" itu akan turut disaman sama?
Jika saman Annuar turut melibatkan Ahli Majlis Mara, barangkali pertama kali berlaku dalam sejarah di mana Pengerusi Mara menyaman Ahli Majlis Mara sendiri.
Satu lagi episod menarik dalam UMNO bakal menjadi tatapan kita dan boleh jadi satu lagi tanda UMNO ini semakin mereput dan wajib ditolak seluruhnya.




UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA?

Sekianlah artikel UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/umno-makin-kalut-pengerusi-mara-bakal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO MAKIN KALUT, PENGERUSI MARA BAKAL SAMAN AHLI MAJLIS MARA?"

Posting Komentar