Judul : Tunku Mahkota Johor Sah Menjadi Presiden FAM Penggal 2017-2021 !
link : Tunku Mahkota Johor Sah Menjadi Presiden FAM Penggal 2017-2021 !
Tunku Mahkota Johor Sah Menjadi Presiden FAM Penggal 2017-2021 !
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021.
Perkara itu diumumkan oleh setiausaha agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di sini, hari ini.
TMJ diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan, kata beliau dipetik Bernama.
“Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, saya mencadangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding,” kata beliau.
Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada semua perwakilan sebelum Hamidin mengumumkan jawatan itu sah milik Tunku Ismail.
Annuar, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden, 48 jam sebelum kongres bermula.
Dua jawatan timbalan presiden disandang oleh presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal dan timbalan presiden Melaka United Association (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Subahan meraih undi tertinggi iaitu 37 undi manakala Mohd Yusoff mendapat 33 undi manakala penyandang Datuk Seri Afandi Hamzah gagal mempertahankan jawatannya selepas memperoleh 6 undi.
Subahan meraih undi tertinggi iaitu 37 undi manakala Mohd Yusoff mendapat 33 undi manakala penyandang Datuk Seri Afandi Hamzah gagal mempertahankan jawatannya selepas memperoleh 6 undi.
Bagi jawatan naib presiden pula, menyaksikan 9 calon bertanding bagi merebut 4 kekosongan.
Empat kerusi tersebut diisi Mohd Joehari Mohd (Sabah) dengan memperolehi undi tertinggi 34, Datuk Ab Ghani Hassan (Negeri Sembilan) mendapat 29 undi, pengerusi jawatankuasa tiket dan pintu FAM, Datuk S. Sivasundram (28 undi) dan Datuk Rosmadi Ismail (Kelantan) yang memperoleh 20 undi.
Bagi kerusi Exco FAM pula, seramai 8 calon lelaki dipilih iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) PDRM, SAC Datuk Azisman Alias yang meraih undi tertinggi, 33 undi.
Setiausaha kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar pula memperoleh 30 undi diikuti exco Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Mohd Hisamudin Yahaya (29) dan naib presiden KFA, Datuk Jeferey Low Han Chow (28).
Buat pertama kalinya, turut terpilih adalah calon yang mewakili suara media iaitu ketua pegawai eksekutif Shekhinah PR, Christopher Raj (25), Supt Mohd Dali Wahid (25), Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS), Mohd Firdaus
Mohamed (21) dan pengerusi jawatankuasa pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh FAM (21).
Mohamed (21) dan pengerusi jawatankuasa pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh FAM (21).
Dua exco wanita pula menyaksikan Presiden Persatuan Bola Jaring, Datuk Suraya Yaacob dan Shafizah Umamah Abdul Mutalib mengisi kekosongan kerusi berkenaan dengan masing-masing meraih 24 dan 18 undi. #sumber
SENARAI PENUH BARISAN KEPIMPINAN FAM SESI 2017/21
Presiden: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Subahan Kamal
2. Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
1. Datuk Seri Subahan Kamal
2. Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
Naib Presiden:
1. Mohd Joehari Mohd Ayob
2. Datuk Ab. Ghani Hassan
3. Datuk S.Sivasundram
4. Datuk Rosmadi Ismail
1. Mohd Joehari Mohd Ayob
2. Datuk Ab. Ghani Hassan
3. Datuk S.Sivasundram
4. Datuk Rosmadi Ismail
Anggota Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Azisman Alias
2. Datuk Aminuddin Omar
3. Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
4. Datuk Jefferey Low Han Chau
5. Christopher Raj
6. Supt. Mohd Dali Wahid
7. Mohd Firdaus Mohamed
8. Subkhiddin Mohd Salleh
1. Datuk Azisman Alias
2. Datuk Aminuddin Omar
3. Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
4. Datuk Jefferey Low Han Chau
5. Christopher Raj
6. Supt. Mohd Dali Wahid
7. Mohd Firdaus Mohamed
8. Subkhiddin Mohd Salleh
Anggota FAM (Wanita):
1. Datuk Suraya Yaacob
2. Shafizah Umamah Abdul Mutalib
1. Datuk Suraya Yaacob
2. Shafizah Umamah Abdul Mutalib
Tunku Mahkota Johor Sah Menjadi Presiden FAM Penggal 2017-2021 !
Sekianlah artikel Tunku Mahkota Johor Sah Menjadi Presiden FAM Penggal 2017-2021 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tunku Mahkota Johor Sah Menjadi Presiden FAM Penggal 2017-2021 ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/tunku-mahkota-johor-sah-menjadi.html
0 Response to "Tunku Mahkota Johor Sah Menjadi Presiden FAM Penggal 2017-2021 !"
Posting Komentar