Judul : Tun Dr M: Kerjasama Ketenteraan 'China & Malaysia', Boleh Undang Serangan AS
link : Tun Dr M: Kerjasama Ketenteraan 'China & Malaysia', Boleh Undang Serangan AS
Tun Dr M: Kerjasama Ketenteraan 'China & Malaysia', Boleh Undang Serangan AS
BANGI: Kerjasama ketenteraan China dan Malaysia boleh menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berpotensi diserang pada masa akan datang, dakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir merujuk kepada satu perjanjian yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa lawatan beliau ke Beijing pada November lalu, di mana kedua-dua negara bersetuju akan mengadakan lebih banyak kerjasama ketenteraan di Laut China Selatan.
Bercakap pada ceramah yang diadakan oleh PAS, Dr Mahathir menjelaskan dalam perjanjian itu, sebuah pangkalan tentera laut diperlukan bagi kemudahan kapal perang yang membuat rondaan di kawasan itu.
“Jika kita membina sebuah pangkalan tentera laut dengan China, ia akan menarik perhatian AS dan berkemungkinan AS akan menyerang kita.
“Ia hanya pendapat saya, tetapi ada kemungkinan kita diheret ke dalam perang antara China dan AS".
Dengan mengambil contoh Libya, katanya, AS pernah beberapa kali menyerang kilang penapis minyak yang dibina oleh China.
“Apabila China membina beberapa kilang penapis minyak di Libya, AS mengebom kerana mereka tidak mahu melihat tentera China berada di sana.”
Beliau berkata, Najib seharusnya mengambil pendekatan tidak berpihak kepada mana-mana negara dalam dasar luar negara kerana ia menjadi dasar negara sejak mencapai kemerdekaan.
“Sejak merdeka, kita tidak pernah menyebelahi mana-mana negara tetapi Najib kini berpihak kepada musuh AS.
“Saya amat bimbang, negara ini sepatutnya mengambil pendekatan yang neutral, kita tidak berpihak pada mana-mana negara sebaliknya mesra dengan semua negara di dunia.”
Dr Mahathir juga memberi amaran kerjasama ketenteraan negara ini dengan China boleh mencetuskan ketegangan hubungan kita dengan negara rakan baik lain.
“Kita juga akan terlibat dalam peperangan negara lain.
“Isu ini perlu ditangani dan dasar luar negara kita perlu dipinda.” #sumber
Tun Dr M: Kerjasama Ketenteraan 'China & Malaysia', Boleh Undang Serangan AS
Sekianlah artikel Tun Dr M: Kerjasama Ketenteraan 'China & Malaysia', Boleh Undang Serangan AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tun Dr M: Kerjasama Ketenteraan 'China & Malaysia', Boleh Undang Serangan AS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/tun-dr-m-kerjasama-ketenteraan-china.html
0 Response to "Tun Dr M: Kerjasama Ketenteraan 'China & Malaysia', Boleh Undang Serangan AS"
Posting Komentar