Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS

Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS
link : Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS

Baca juga


Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS


PETALING JAYA: Amanah Kelantan tidak panik dengan pendirian pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR untuk mempertahankan kerajaan Islam PAS di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Muhamad Hussin berkata pendirian pemimpin PPBM dan PKR ingin mempertahankan kerajaan PAS Kelantan kerana mereka masih belum faham dengan mendalam taktik parti Islam itu.
“Saya rasa PPBM dan PKR tidak faham sangat dengan PAS, kami pernah berada dalam PAS dan kami sudah masak dengan permainan parti itu.
“Kita tidak panik dan tidak kisah dengan kenyataan pemimpin PPBM dan PKR untuk pertahankan kerajaan PAS Kelantan.
“Amanah Kelantan sedang giat mempersiapkan parti untuk mengambil alih kerajaan PAS negeri dan Amanah akan bertanding di sini tidak kira berapa penjuru pun,” katanya kepada FMT.
Setakat ini, katanya Amanah akan bertanding di 32 kerusi DUN dengan paling minimum dan 7 atau 8 kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU akan datang.
Hussin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang parti itu akan turut mempertahankan kerajaan negeri Kelantan yang ada sekarang.
“Kita hendak bantu pertahankan Kelantan dengan semampu yang boleh. Kita akan pastikan Umno tidak boleh menawan negeri ini pada PRU14 nanti,” katanya pada program Ceramah Mega Anak Muda Pertahan Kelantan di perkarangan Pasar Wakaf Bharu Jumaat lepas.
Nada sama disuarakan Ketua Pemuda PKR Kelantan Dr Hafiz Rizal yang berkata tiada sebab rakyat Kelantan hendak menukar kerajaan negeri sekarang kepada kerajaan dipimpin parti lain.
Katanya, PKR terus menjalinkan tahaluf siyasi dengan PAS di Kelantan bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara parti itu komited untuk bersama dengan PAS sekali gus mengekalkan kerajaan sedia ada. 
“Sebenarnya kita di peringkat negeri akan mengikuti apa yang diarahkan pusat, jadi setakat ini kita masih lagi mempunyai tahaluf siasi dengan kerajaan Kelantan dan PAS, jadi kita teruskan kerjasama ini sehingga keputusan yang jelas akan dibuat presiden PAS pada muktamar April ini untuk tentukan kedudukan PAS dan PKR dan kita harap kerjasama ini akan kekal.
“Kerjasama PKR bersama PAS, PPBM di Kelantan masih berterusan dan kami giat menjalankan pelbagai program di peringkat akar umbi,” katanya.
Ceramah Mega Anak Muda Pertahan Kelantan pada Jumaat turut dihadiri, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden PPBM Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Mohd Nor, Ketua Pemuda PKR Dr Hafiz Rizal, Ketua PPBM Machang Datuk Sazmi Miah dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Nazman Che Iberahim. #sumber




Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS

Sekianlah artikel Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/amanah-ppbm-pkr-tidak-faham-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amanah: PPBM, PKR Tidak Faham Dengan "Mendalam" Permainan PAS"

Posting Komentar