Judul : Syabassss!!!!! Tengku Razaleigh yakin kerajaan BN mampu urus kewangan negara dengan baik
link : Syabassss!!!!! Tengku Razaleigh yakin kerajaan BN mampu urus kewangan negara dengan baik
Syabassss!!!!! Tengku Razaleigh yakin kerajaan BN mampu urus kewangan negara dengan baik
Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah yakin kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu untuk mengurus kewangan negara dengan baik.
Beliau berkata negara mempunyai banyak aset bagi menampung sebarang hutang negara sedia ada dan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia berdepan muflis adalah tidak benar.
"Kalau nak ikutkan, hutang menjadi perkara biasa bagi sesebuah negara dan Amerika Syarikat juga lebih banyak hutang daripada negara kita.
"Masalah tekanan ekonomi itu berlaku di semua negara maju, tetapi (masing-masing) ada pelan pemulihannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Jerek di Gua Musang, Sabtu.
Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan kini berdepan muflis akibat tekanan ekonomi global.
Menurutnya sesebuah negara seperti Malaysia tidak mudah untuk berdepan dengan krisis seperti yang didakwa oleh pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab memastikan ia tidak akan berlaku.
Tengku Razaleigh berkata walaupun tekanan ekonomi global turut dirasai di Malaysia ketika ini namun negara berada di landasan tepat untuk memulihkannya.
"Kita yakin ekonomi akan pulih semula dalam masa terdekat ini dan begitu juga dengan nilai ringgit akan bertambah baik serta stabil," katanya.
Syabassss!!!!! Tengku Razaleigh yakin kerajaan BN mampu urus kewangan negara dengan baik
Sekianlah artikel Syabassss!!!!! Tengku Razaleigh yakin kerajaan BN mampu urus kewangan negara dengan baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Syabassss!!!!! Tengku Razaleigh yakin kerajaan BN mampu urus kewangan negara dengan baik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/syabassss-tengku-razaleigh-yakin.html
0 Response to "Syabassss!!!!! Tengku Razaleigh yakin kerajaan BN mampu urus kewangan negara dengan baik"
Posting Komentar