Judul : SPR: "Tidak Daftar Pengundi" Dan Enggan Mengundi, Itu Hak Mereka
link : SPR: "Tidak Daftar Pengundi" Dan Enggan Mengundi, Itu Hak Mereka
SPR: "Tidak Daftar Pengundi" Dan Enggan Mengundi, Itu Hak Mereka
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai pengundi mahupun terhadap mereka yang tidak keluar mengundi ketika pilihan raya.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah berkata itu merupakan hak individu terbabit di bawah undang-undang negara.
“Tidak daftar mengundi dan tidak keluar mengundi ketika pilihan raya adalah hak mereka. Kita (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa, termasuk mengheret ke mahkamah kerana itu adalah hak mereka,” kata beliau dipetik Sinar Harian Online.
Hashim berkata, “kita hanya boleh menggalakkan mereka untuk mendaftar dan keluar mengundi.”
Namun menurut Hashim, selaku agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga pendaftaran pemilih, SPR perlu menggiatkan usaha menarik lebih ramai khususnya orang muda untuk mendaftar.
Seramai 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lalu.
Beliau berkata, jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun. #sumber
SPR: "Tidak Daftar Pengundi" Dan Enggan Mengundi, Itu Hak Mereka
Sekianlah artikel SPR: "Tidak Daftar Pengundi" Dan Enggan Mengundi, Itu Hak Mereka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca SPR: "Tidak Daftar Pengundi" Dan Enggan Mengundi, Itu Hak Mereka linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/spr-tidak-daftar-pengundi-dan-enggan.html
0 Response to "SPR: "Tidak Daftar Pengundi" Dan Enggan Mengundi, Itu Hak Mereka"
Posting Komentar