Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi

Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi
link : Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi

Baca juga


Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 bulan lepas memohon status penolong pendaftar pemilih (ARO) daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi membolehkan badan itu mendaftarkan rakyat sebagai pengundi.
Pengurus Sekretariat Bersih Mandeep Singh memaklumkan surat permohonan dihantar kepada SPR pada 28 Februari lalu.
“Kami boleh membantu SPR untuk mendaftarkan mereka yang layak sebagai pengundi,” katanya kepada pemberita ketika kempen daftar mengundi anjuran NGO itu hari ini.
“Setakat ini belum ada maklum balas tetapi kita akan membuat susulan minggu depan,” katanya.
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan setakat Februari, sejumlah 4.1 juta warga Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar sebagai pengundi, dengan majoritinya golongan muda sekitar 21 tahun.
Beliau berkata, kenyataan tersebut memberikan lebih sebab kepada SPR untuk meluluskan permohonan Bersih.
“Kami boleh membuat mobilisasi di seluruh negara bagi proses pendaftaran,” katanya lagi.
Menurut laporan Sinar Harian Online hari ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah berkata mereka tidak boleh berbuat apa-apa selain “memberi galakan” kepada mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi, walaupun layak berbuat demikian.
Peguam terkemuka Datuk S Ambiga turut menggesa SPR memberikan status ARO kepada Bersih, meningkatkan kempen kesedaran dan memudahkan lagi proses pendaftaran orang ramai.
“Jika pengerusi SPR benar-benar risau, beliau perlu ambil tindakan segera,” katanya.
Bersih sebelum ini pernah mengecam SPR kerana tidak menyambung status ARO dan menyekat proses pendaftaran ARO dari NGO dan parti politik pada hujung 2013, menyebabkan jumlah pengundi baru turun mendadak untuk suku pertama tahun berikutnya. #sumber


Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi

Sekianlah artikel Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/bersih-biar-pihak-kami-bantu-spr-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bersih: Biar Pihak Kami Bantu SPR Untuk Daftar Para Pengundi Yang Layak Mengundi"

Posting Komentar