Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram

Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram
link : Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram

Baca juga


Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mempersoalkan mengapa suspek skandal Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram dan bukannya rasuah.
Beliau membangkitkan perkara itu ketika mencelah jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
“Saya tahu ia masih disiasat tetapi mengapa apabila masuk ke mahkamah, dakwaan berhubung kes pengubahan wang haram, bukan rasuah?
“Persoalannya, duit itu dijumpa di rumah (suspek). Ini yang saya ingin bangkitkan,” katanya.
Razali sebelum itu, ketika ditanya mengenai status siasatan kes dan tindakan yang diambil kerajaan oleh Ahli Parlimen Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja), berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Akta SPRM 2009 masih lagi berjalan.
Tahun lalu, SPRM merampas wang tunai berjumlah RM52 juta di rumah 2 pegawai kanan JANS, selain wang di bank dan aset lain, dalam tangkapan terbesar yang pernah dibuat badan itu.
Skandal itu dilaporkan berkait dengan penggelapan dana untuk pembangunan prasarana.
Pada 29 Disember lalu, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu menjatuhkan 37 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, kepada bekas pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib, isterinya Fauziah Piut dan bekas Timbalan Pengarah JANS Lim Lam Beng.
Mereka mengaku tidak bersalah dan kes akan mula perbicaraan 4 Julai ini.
Menjawab celahan Shafie, Razali berkata terdapat beberapa pendakwaan lain yang boleh dibuat, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada siasatan.
“Salah satu dakwaan yang boleh dikenakan adalah pecah amanah, ada juga melibatkan dakwaan rasuah.
“Selepas siasatan SPRM, kertas siasatan dikemukakan kepada peguam negara, (dan dakwaan) bergantung kepada maklumat yang diperolehi,” jelasnya.
Shafie, yang juga bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengecam usaha mengaitkan dirinya kepada skandal itu, dengan berkata Kementerian Kewangan yang mempunyai kata putus dalam setiap kontrak yang diberikan.
“Proses tender dijalankan Jabatan Air (Sabah), Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kewangan. Tiada satu kementerian yang boleh memberi kontrak secara terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan,” katanya. #sumber


Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram

Sekianlah artikel Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/shafie-air-sabah-mengapa-bukan-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shafie: Air Sabah, Mengapa Bukan Rasuah, Tetapi Pengubahan Wang Haram"

Posting Komentar