RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat

RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat
link : RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat

Baca juga


RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat

DETIK DAILY

 

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tersenarai sebagai perkara ketujuh dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Usul dikemukakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau (Akta 355).

Abdul Hadi turut hadir pada sidang Dewan Rakyat hari ini walaupun beliau dikatakan tidak sihat sekaligus tidak hadir perasmian Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas semalam. Pindaan itu akan membolehkan Mahkamah Syariah mengenakan hukuman penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah.

Selain itu, Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 turut tersenarai pada kedudukan kelima dalam Aturan Utusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu digubal bagi mengatasi isu berkaitan pertukaran agama sepihak.

Ia dibentangkan kali pertama pada tahun lalu dan merangkumi masalah yang timbul ekoran perceraian dan hak penjagaan anak bagi pasangan bukan Islam yang memeluk Islam.

Ia bertujuan untuk memasukkan peruntukan baru yang menetapkan bahawa agama mana-mana kanak-kanak daripada perkahwinan sivil boleh dikekalkan walaupun salah seorang daripada pasangan terbabit memeluk Islam, kecuali ibu bapa berkenaan bersetuju untuk menukarnya.-Astro Awani



RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat

Sekianlah artikel RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/ruu355-tersenarai-hadi-hadir-ke-dewan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RUU355 tersenarai, Hadi hadir ke Dewan Rakyat"

Posting Komentar