PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14

PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14
link : PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14

Baca juga


PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14

PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata parti pembangkang di negara ini tidak ada keikhlasan dalam membina ikatan dan menjalin kerjasama untuk menjadi satu gabungan pakatan yang kuat.
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S. Arutchelvan berkata akibat tiadanya rasa ikhlas itu, masalah perebutan kerusi dalam kalangan parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terjadi.
“Tidak ada keikhlasan untuk parti pembangkang membina ikatan dan menjadi pembangkang yang kuat, bukan untuk pilihan raya saja tetapi mentadbir negara.
“Dulu kita sebenarnya sangat pro pembangkang. Sekarang kita kecewa, kerana siapa sebenarnya yang bunuh Pakatan Rakyat? Mereka yang bunuh sesama sendiri, bukannya Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada FMT.
Arutchelvan berkata dalam situasi sekarang PSM menjangkakan pertembungan 3 penjuru akan terjadi, dengan DAP dan PKR terpaksa memberikan kerusi milik mereka kepada Amanah dan PPBM.
“Sangat jelas sekarang ini, PAS tidak akan benarkan mana-mana kerusi mereka ditandingi Amanah. Maknanya sekarang timbul persoalan Amanah hendak bertanding di mana.
“Semua orang suruh DAP berikan tempat kepada Amanah. PKR juga kena berikan kerusi kepada PPBM untuk bertanding. Saya fikir, masalah pada pilihan raya kali ini diwujudkan mereka sendiri,” katanya.
Sehingga kini, PSM hanya mempunyai 1 kerusi di Parlimen, iaitu Sungai Siput menerusi wakilnya Dr Michael Jeyakumar.
Sebelum didaftarkan sebagai sebuah parti sah, calon PSM terpaksa bertanding atas tiket parti lain.
Bagaimanapun, pada 10 September 2008, PSM berjaya didaftarkan dan wakil rakyat yang mulanya menggunakan logo PKR mula mewakili PSM di DUN dan Parlimen.
Pemimpin PH tidak selesaikan masalah
Arutchelvan berkata sehingga ke hari ini pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) masih tidak menyelesaikan isu utama yang sekian lama melanda gabungan itu.
Ada 3 perkara yang pembangkang belum selesai laksanakan. Pertama ialah calon perdana menteri, sehingga sekarang mereka tidak boleh buat Kabinet bayangan.
“Keduanya, isu Rang Undang-undang 355 pindaan Akta Mahkamah Syariah. Apa cara sekalipun, isu ini perlu diselesaikan dan ketiga adalah pilihan raya kerajaan tempatan,” katanya.
Katanya, PSM tidak lagi akan bertolak ansur dengan PH dalam isu kerusi pilihan raya sekiranya parti itu berjaya menyelesaikan masalah kerusi.
Beliau berkata ini kerana PSM tekad untuk bertanding di 6 kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN termasuk mengekalkan kerusi Parlimen di Sungai Siput.
“Selepas Parlimen dibubarkan, masa itu kalau mereka (PH) sudah selesaikan semua kerusi dan berikan kerusi untuk PSM dan panggil kita pada saat akhir, kita nasihatkan jangan buang masa.
“Kalau kita buat macam itu, kita akan kehilangan sokongan anak muda dalam PSM. Orang akan cakap baik kita tutup saja parti,” katanya.
Beliau berkata PSM menjangka akan dituduh sebagai sebuah parti yang memecahkan undi parti pembangkang sekali gus membantu kemenangan BN.
PSM akan ikut strategi dan langkah BN
Arutchelvan berkata berdasarkan kajian PSM selama 3 bulan, BN didapati mempunyai polisi yang sangat baik buat penduduk di luar bandar dan mungkin meneruskan polisi sedia ada.
“Bila kita buat kajian selama 3 bulan, kita dapati BN sememangnya mempunyai satu bentuk polisi yang baik. Mereka berikan ganjaran duit setiap bulan.
“Mereka (pengundi luar bandar) tidak akan mengundi PH kerana takut kalau PH ambil alih, apa yang dibawa kini tidak lagi diteruskan. Kita mengakui, polisi BN bagus, jangan hentam polisi berikan duit kepada orang ramai,” katanya.
Bagaimanapun, PSM yakin akan melakukan lebih baik daripada apa yang dilakukan BN ketika ini malah berjanji akan menghapuskan ketirisan dan rasuah yang berlaku.
Katanya, PSM tidak menolak kemungkinan meletakkan calon Orang Asli mewakili parti bagi membela nasib dan masalah dihadapi penduduk peribumi itu.
“Kita fokus kepada rakyat yang sudah bosan dengan politik, kita letakkan juga calon Orang Asli.
“Kita juga akan meletakkan pemimpin aktivis bagi mewakili PSM kerana ada beberapa aktivis yang kecewa dengan Najib dan kecewa dengan PH,” katanya. #sumber


PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14

Sekianlah artikel PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/psm-parti-parti-pembangkang-tak-ikhlas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PSM: Parti-Parti Pembangkang Tak Ikhlas Nak Kerjasama Hadapi PRU-14"

Posting Komentar