Judul : Polis Malaysia Sahkan Spekulasi Identiti Kim Chol Ialah Kim Jong-nam !
link : Polis Malaysia Sahkan Spekulasi Identiti Kim Chol Ialah Kim Jong-nam !
Polis Malaysia Sahkan Spekulasi Identiti Kim Chol Ialah Kim Jong-nam !
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia hari ini mengesahkan spekulasi identiti Kim Chol, mengatakan mayat etnik Korea itu Kim Jong Nam.
Kematiannya mencetuskan krisis diplomatik antara kedua negara.
“Kami kini sudah tetapkan Kim Chol ialah Kim Jong Nam,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini. Beliau tidak memberitahu bagaimana polis mencapai kesimpulan itu.
“Kami sudah memenuhi keperluan undang-undang berkenaan identiti beliau…saya tidak boleh beritahu kamu bagaimana ia dilakukan demi keselamatan para saksi,” katanya kepada pemberita hari ini.
Ditanya adakah pihak berkuasa memperoleh sampel DNA dari ahli keluarga Jong Nam, Khalid enggan memberikan butiran lanjut.
“Saya tidak akan beritahu lebih dari itu. Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai bagaimana ia dibuat,” katanya.
Pengumuman Khalid hari ini merupakan pengesahan rasmi pertama dari Malaysia walaupun Pyongyang mendesak Jong Nam ialah Kim Chol, nama yang tertera pada pasport.
Media kerajaan Korea Utara setakat ini menyifatkan beliau “rakyat biasa”.
Jong Nam, abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, mati selepas diserang 2 wanita di terminal klia2 di Sepang 13 Februari lepas.
Kejadian itu mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Pyongyang, membawa kepada kedua-dua memanggil pulang duta masing-masing.
Terdapat spekulasi mengatakan keluarga Jong Nam berada di Malaysia untuk menyerahkan sampel DNA dan identiti beliau, dakwaan yang ditepis pihak berkuasa.
Khalid hari ini juga enggan mengulas rakaman video memaparkan anak lelaki Jong Nam, Kim Han Sol.
Kumpulan pembangkang Korea Utara mengesahkan lelaki dalam video itu Han Sol, dan berkata beliau dan ahli keluarga yang lain sudah dipindahkan ke tempat yang selamat.
Dalam video yang dimuatnaik di Youtube itu, Han Sol mengucapkan terima kasih kepada beberapa kerajaan dalam bahasa Inggeris. #sumber
Polis Malaysia Sahkan Spekulasi Identiti Kim Chol Ialah Kim Jong-nam !
Sekianlah artikel Polis Malaysia Sahkan Spekulasi Identiti Kim Chol Ialah Kim Jong-nam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Polis Malaysia Sahkan Spekulasi Identiti Kim Chol Ialah Kim Jong-nam ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/polis-malaysia-sahkan-spekulasi.html
0 Response to "Polis Malaysia Sahkan Spekulasi Identiti Kim Chol Ialah Kim Jong-nam !"
Posting Komentar