PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang

PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang
link : PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang

Baca juga


PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang






Sesiapa pun akan dicalonkan menjadi Perdana Menteri di kalangan pembangkang dari blok Pakatan Harapan (PH) dan PPBM, ia hanya akan menjadi ‘pak turut’ kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dakwa bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.


Beliau berkata, Kit Siang tidak kisah siapa yang akan menjadi perdana menteri kerana apa yang penting ialah proksi itu perlu mengikut telunjuknya.



Sebab itu, blok pembangkang PH dan PPBM hanya boleh bersetuju menentukan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan tetapi berselisih pendapat berkenaan jawatan perdana menteri jika mereka dapat menawan Putrajaya pada PRU 14.

“Jika kita lihat sendiri, pembangkang memilih untuk sampai dulu ke Putrajaya dan baru menentukan perdana menteri setelah bertahun lama menjadi pembangkang, tetapi boleh menentukan bakal TPM (Lim Kit Siang).

“Kita semua tahu Kit Siang adalah bakal TPM dan menteri kewangan jika pembangkang memerintah selain dilihat sebagai ketua de Facto Pakatan Harapan kerana DAP mempunyai lebih banyak kerusi Parlimen.

“Mengikut sumber dalaman DAP, Kit Siang didakwa berjanji Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), kononnya Tun M adalah ketua pembangkang.

“Jelas Kit Siang memainkan Melayu dengan motif memecahbelahkan orang Melayu tanpa memutuskan segera siapa calon PM pembangkang kepada rakyat,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Tunku Aziz Tunku menyifatkan Kit Siang sebagai ‘orang yang pendek akal’ apabila tidak segan silu mengkritik Menteri Besar Johor,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung siasatan kes penyelewengan hartanah di Johor, tetapi dalam masa sama memejamkan mata apabila anaknya sendiri, Lim Guan Eng dikenakan pertuduhan rasuah di mahkamah.

“Ia tindakan tidak sopan dan tidak masuk akal. Kes itu masih disiasat, bukannya didakwa di mahkamah pun.
“Berbanding kes rasuah anaknya, Guan Eng. Bukan sahaja didakwa dalam kes rasuah pembelian hartanah di Pulau Pinang, malah kesnya akan dibicarakan pada Julai ini.

“Adalah lebih baik Kit Siang sebagai bapa dan pemimpin DAP menasihati Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri, dan tidak mencampuri urusan Kerajaan Johor. Tindakan Kit Siang ini tidak masuk akal,” katanya.



PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang

Sekianlah artikel PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pm-pembangkang-akan-jadi-pak-turut-kit.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PM Pembangkang Akan Jadi ‘Pak Turut’ Kit Siang"

Posting Komentar