Judul : Korea Utara buat rakyat Malaysia seperti tebusan
link : Korea Utara buat rakyat Malaysia seperti tebusan
Korea Utara buat rakyat Malaysia seperti tebusan
SINAR HARIANJAKARTA - INDONESIA. Malaysia menyifatkan Korea Utara sedang melakukan sesuatu yang memburukkan lagi keadaan apabila menjadikan rakyat Malaysia di negara itu sebagai tebusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan kerajaan Korea Utara itu tidak boleh diterima sama sekali dan ia melanggar prinsip undang-undang di peringkat antarabangsa.
Sambil menyifatkan hubungan kedua-dua negara kini tegang, beliau berkata tindakan provokasi Korea Utara itu semakin memburukkan keadaan kerana melanggar undang-undang antarabangsa.
Najib berkata Malaysia akan lakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan rakyat Malaysia yang berada di negara itu selamat dan Majlis Keselamatan Negara akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini bagi mengambil langkah sewajarnya.
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, Ketua Polis Negara diarah supaya menghalang semua rakyat Korea Utara yang berada di Malaysia, termasuk orang awam daripada keluar dari negara ini sehingga rakyat Malaysia di negara itu dibebaskan. - Bernama
Korea Utara buat rakyat Malaysia seperti tebusan
Sekianlah artikel Korea Utara buat rakyat Malaysia seperti tebusan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Korea Utara buat rakyat Malaysia seperti tebusan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/korea-utara-buat-rakyat-malaysia.html
0 Response to "Korea Utara buat rakyat Malaysia seperti tebusan"
Posting Komentar