Judul : Persoalan Siapa Menjadi PM Tidak Pernah Timbul Dalam Pakatan – Rafizi
link : Persoalan Siapa Menjadi PM Tidak Pernah Timbul Dalam Pakatan – Rafizi
Persoalan Siapa Menjadi PM Tidak Pernah Timbul Dalam Pakatan – Rafizi
Suara KebenaranBeberapa hari ini media pro BN membayangkan wujud pertelagahan dalam Pakatan Harapan tentang siapa akan menjadi Perdana Menteri sekiranya kita menang dalam PRU14 yang akan datang.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli seperti dipetik oleh pegawai khasnya bagaimanapun mengesahkan persoalan itu (siapa jadi Perdana Menteri), tidak pernah wujud kerana Pakatan Harapan hanya mempunyai satu calon sahaja – Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tentang persoalan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sehingga Anwar dibebaskan, itu bukan isu kerana berdasarkan perkiraan, Anwar akan sempat bebas sebelum PRU14 yang dijangka pada tahun hadapan, berlangsung. Malah pada saat artikel ini ditulis pun, peguam Anwar telah menulis surat memohon Anwar dibebaskan lebih awal dan diberi tahanan rumah sehingga tempoh sebenar tamat.
Jika sekalipun seorang Perdana Menteri sementara dilantik, isu itu juga tidak menjadi persoalan kerana telah banyak kali dibayangkan bahawa 2 calon sudah dikenal pasti, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali atau Ketua Menteri Penang, Lim Gua Eng.
Sama ada Azmin atau Guan Eng yang akan menjadi Perdana Menteri sementara, persoalan itu akan diputuskan oleh Anwar sendiri bila masanya sampai nanti. Apa pun, tak pedulilah Azmin atau Guan Eng, kedua-duanya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah selesai Anwar mengangkat sumpah jawatan.
Inilah perancangannya dulu dan ini jugalah perancangannya sekarang, Jadi dimana timbulnya isu siapa patut menjadi Perdana Menteri jika kita menang? Mengarut!!
Persoalan Siapa Menjadi PM Tidak Pernah Timbul Dalam Pakatan – Rafizi
Sekianlah artikel Persoalan Siapa Menjadi PM Tidak Pernah Timbul Dalam Pakatan – Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Persoalan Siapa Menjadi PM Tidak Pernah Timbul Dalam Pakatan – Rafizi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/persoalan-siapa-menjadi-pm-tidak-pernah.html
0 Response to "Persoalan Siapa Menjadi PM Tidak Pernah Timbul Dalam Pakatan – Rafizi"
Posting Komentar