Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya

Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya
link : Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya

Baca juga


Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya

Perbalahan agama boleh berlaku jika DAP bersama Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum ke 14 serta menguasai Putrajaya.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata segalanya terdedah berdasarkan kepada ucapan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat pada Rabu yang disifatkan sebagai biadab.

“Ucapan dibuat beliau semasa berbahas jelas menunjukkan pendirian DAP dan sekutunya yang antiguru Islam di negara ini.

“Jika DAP diberi peluang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum nanti, perbalahan agama boleh tercetus,” dakwanya.

Pada Rabu, Chieng Jen membantah tindakan kerajaan menghantar guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.
Ketika perbahasan, Chieng Jen melafazkan kata-kata Amatlah tidak sesuai untuk kerajaan menghantar guru-guru pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak.

Tegas ADUN Paya Jaras, tindakan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu boleh menganggu keharmonian antara kaum di negara ini.

“Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini.

“Apakah ini polisi sebenar Pakatan Harapan? Kita mahu mendengar pendirian daripada rakan Pakatan Harapan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari turut mengutuk tindakan Chieng Jen.

Dalam kenyataan yang dipetik dari Harakah Daily pada Khamis, beliau mendakwa taring DAP sebagai musuh Islam sudah semakin jelas.

“DAP dan wakil rakyatnya sudah menyerlahkan lagi doktrin politik Cauvinis atau perkauman.

“Malang sekali, mereka bersikap biadab dan menyuguhkan suara pecah belah,” kata Ahmad Fadhli.


Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya

Sekianlah artikel Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/perbalahan-agama-berlaku-jika-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perbalahan agama berlaku jika DAP kuasai Putrajaya"

Posting Komentar