Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah

Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah
link : Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah

Baca juga


Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH




Dalam keghairahan hendak menyerang saya, Pasukan Strategik Barisan Nasional-BN tidak memahami apa yang saya nyatakan tentang harga minyak Arab Saudi yang telah dinaikkan 50 % (menjadi RM 1.07). Datuk Seri Mohd Najib Razak  kata Malaysia naik hanya 20 % (menjadi RM2.30 ) sahaja.          

Pertamanya, perbandingan harga minyak Arab Saudi yang jauh lagi kaya dengan Malaysia yang negara masih sedang membangun, yang tidak ada gaji minima pun lagi, adalah tidak munasabah. Kebanyakkan rakyat Saudi boleh memiliki kereta enjin kapasiti besar melebihi 4,000 c.c. kerana mereka kaya.            
           
Kedua, taraf hidup dan kemudahan dinikmati rakyat dua Negara ini juga jauh berbeza untuk dibuat perbandingan. Contohnya lagi kerajaan Malaysia dahulu membuat perbandingan Singapura mempunyai GST dengan kadar 7 % dan Malaysia GST hanya 6 %. Sebenarnya status Singapura adalah ditahap negara maju dengan gaji minima, sementara Malaysia masih di tahap negara sedang membangun dengan gaji minima yang di cadangkan sebanyak RM1,200 masih belum pun lagi di penuhi. Kerajaan juga tidak menyatakan kepada rakyat yang Singapura sebenarnya memulakan GST dengan kadar 3 % sahaja sementara Malaysia memulakannya di kadar 6 %, ia itu sekali ganda dari kadar permulaan asal Singapura. Saya minta Pasukan Strategik BN jangan cuba mengelirukan rakyat. Mohon baca betul- betul kenyataan asal saya.

 Terima kasih saranan Pasukan Strategik BN untuk saya pelajari dari Program Transformasi Arab Saudi. Bagaimana pun saya menasihati Kerajaan Malaysia dan BN "ukur baju di badan sendiri" kerana situasi ekonomi Arab Saudi, sistem Kerajaan ber-Raja tanpa pilihanraya umum dan sokongan hebat Amerika tidak sama dengan situasi Malaysia. Jangan kita meniru buta-buta sistem negara lain tanpa mengambil kira realiti di bumi sendiri.         

 Akhir sekali saranan Pasukan Stategik BN untuk  "Raja Bahrin menutup mulut" dari mengkritik Kerajaan sangat tidak strategik dari pemikirannya dan seolah-olah seperti ke arah sistem "Negara Kuasa Mutlak" seperti Arab Saudi yang tidak mempunyai sistem demokrasi berParlimen. Adakah Pasukan Strategik BN mengesyorkan Kerajaan menutup mulut pembangkang dan mengubah sistem Negara ke arah kuasa mutlak yang di pelajari dari Arab Saudi ? Kerana itukah kuasa mengistiharkan "darurat" hanya di tangan Perdana Menteri sekarang melalui pindaan Akta di Parlimen di bawah Majlis Keselamatan Negara - MKN ?

 Akhir kata, selalunya mereka yang menyuruh orang lain "menutup mulutnya" dari berhujah tidak mempunyai intelek dan keupayaan mengupas dan berhujah isu dengan bijak. Sepatutnya mereka bersedia berhujah secara ilmiah bukan suruh orang lain tutop mulut apabila tidak ada idea yang baik seperti sepatutnya dimiliki oleh Pasukan Strategik. Kalau begitu "Pasukan Strategik" ini patut dipanggil "Pasukan Trajik" kerana tidak faham konsep demokrasi berParlimen tapi mereka lebih mendekati konsep kuku besi ingin tutup mulut lawan.



Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah

Sekianlah artikel Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pasukan-strategik-bn-mahu-mp-tutup.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pasukan Strategik BN mahu MP "tutup mulut" bukan hujah"

Posting Komentar