Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara

Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara
link : Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara

Baca juga


Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara

DALIA ISMAIL
 



Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara, kata Datuk A Kadir Jasin.

Namun kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini, ia hanya akan berlaku sekiranya kerajaan yang diperintah oleh Umno-BN ini dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita tidak boleh membatalkan mana-mana perjanjian kerana kita menandatangani banyak konvensyen antarabangsa berkaitan pelaburan antara negara.

“Tetapi kita boleh kaji semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai itu bagi mengurangkan kesan negatif dan pelanggaran kedaulatan negara.

“Itupun kalau kita tukar kerajaan yang ada ini kerana kerajaan Umno-BN tidak akan berubah.

“Ataupun mungkin apa yang kita bangkitkan selama ini menimbulkan kesedaran di kalangan sesetengah pemimpin Umno-BN yang diharapkan berani untuk melakukan sesuatu demi kedaulatan negara.

“Ini bukan isu menakut-nakutkan orang Melayu atau isu anti Cina ini soal kepentingan negara.

“Kita boleh tidur lena hari ini sebab kita tidak tahu apa-apa kesan jangka panjang. Jika kita tahu, kita tidak boleh tidur lena kerana takut bila rumah terbakar,kita tidak jumpa kunci rumah,” ujarnya dalam temubual eksklusif dengan Malaysia Dateline baru-baru ini.
 Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membawa masuk pelaburan China ke Malaysia sejumlah RM144bilion dengan menandatangani 14 perjanjian dengan negara itu.Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membawa masuk pelaburan China ke Malaysia sejumlah RM144bilion dengan menandatangani 14 perjanjian dengan negara itu.

Beliau diminta pandangan mengenai Pelaburan Lansung Asing (FDI) China ke Malaysia antaranya
sebahagian perjanjanjian yang dimeterai itu, membabitkan perjanjian pemilikan dalam hartanah, penempatan dan bandar merangkumi pemeteraian perjanjian pembangunan Forest City dengan kos RM175bilion, pembinaan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion serta Keretapi Laju Kuala Lumpur -Singapura (HSR) sejumlah RM60bilion selain mempertaruhkan kedaulatan Laut China Selatan dan Selat Melaka dengan pembinaan Kompleks Pelabuhan Melaka bernilai RM43bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berpandangan dengan Pelaburan Lansung Asing ke Malaysia, negara boleh menjadi gerbang China ke Asean.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan mengenai jenis FDI dari China ke Malaysia sebagai ancaman besar kepada Malaysia dari segi perdagangan dua hala dan kedaulatan negara.

Dalam pertikaian ini, Kadir menjelaskan sejak 1990-an apabila Malaysia memulakan dasar perindustrian telah bergantung kepada FDI.

“Pada satu peringkat negara menolak FDI dan tidak mahu industri tertentu dibuka di negara ini terutama industri yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

“Dalam tempoh itu juga Malaysia tidak pernah kekurangan pelabur asing kerana negara s
entiasa ada pilihan.

“Natijahnya mana-mana negara masuk ke negara ini, kita boleh menentukan industri mana mereka boleh melabur kerana salah satu sebabnya tidak mahu kedaulatan negara kita terjejas. Kita juga tidak mahu peluang pelabur tempatan dirampas oleh pelabur asing,” ujarnya.

Kata beliau lagi, sekiranya Malaysia memberi keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi maka tidak timbul dakwaan di mana pelaburan China akan bersaing dengan pelabur tempatan.

Amat perlu negara memberikan keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi yang mana rakyatnya memiliki kepakaran khusus mengenainya dalam sektor tertentu di negara ini.

“Misalnya kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan bandar baru, perumahan, dan kompleks membeli belah sewajarnya tidak perlu diberikan kepada pelabur asing.

“Tetapi apa yang berlaku dalam pelaburan China mereka masuk ke bidang yang mana mereka bersaing dengan pemodal tempatan.

“Implikasinya persaingan antara pelabur tempatan dan pelabur asing dalam sektor tertentu akan memberi kesan buruk pada negara,’ ujarnya.

Beliau yang pernah dianugerahkan Tokoh Kewartawanan Negara berkata, Malaysia dalam perjanjian perdagangan dengan mana-mana negara di dunia, amat peka dan berhati-hati untuk memilih pelaburan asing dan jenis perniagaan yang akan diluluskan kerajaan sebelum ini.

Ketika itu banyak pelabur asing berlumba- lumba untuk melabur ke Malaysia kerana ekonomi berkembang pesat dan negara peka kepada kepentingan jangka panjang.

“Tetapi secara kebetulan kini ekonomi Malaysia mengalami masalah yang berterusan sejak Najib dilantik perdana menteri pada 2009.

“Sejak itu ekonomi hanya berkembang pada kadar tetap purata 4.4% selain harga komoditi seperti getah, kelapa sawit dan minyak jatuh merudum dalam pasaran dunia.

“Ia memberi kesan kepada kos pengeluaran bagi industri yang semakin meningkat menyebabkan banyak syarikat dan industri yang melabur di sini, kini meninggalkan Malaysia.

“Ditambah kepercayaan terhadap kerajaan Malaysia yang mula merosot apabila timbul krisis besar seperti 1MDB dan SRC International,” ujarnya lagi atas faktor-faktor disebutkan itu ramai pelabur kurang berminat untuk melabur di Malaysia.” ujarnya.

Kerajaan di bawah kepimpinan Najib dakwanya lagi, terdesak untuk mendapatkan pelaburan dan pinjaman daripada China untuk pemulihan ekonomi dan hutang yang terpaksa ditanggung negara, maka China mendapat keistimewaan dan kelonggaran yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana negara perdagangan dunia sebelum ini oleh Malaysia.

“Bagi China layanan istimewa yang diperoleh dari Malaysia ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal.

“ Perkembangan ekonomi China sejak dua dekad lalu, telah mendorong China untuk meluaskan pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraannya.

“ Ramai yang tidak menyedari bahawa kedudukan geografi Malaysia amat kritikal terhadap dasar perluasan ekonomi dan ketenteraan China.

“Rakyat dan pemerintah China tidak peduli sangat tentang politik dalam sebuah negara asalkan mereka boleh mengambil kesempatan daripada situasi itu,” ujarnya.

Kadir yang banyak menghasilkan buku-buku politik berkata, bagi negera China memberi hutang atau melabur bukan masalah utama kepada sebuah negara yang mengamalkan dasar kapitalis itu.

Beliau memberikan contoh dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2016 lalu syarikat China telah melabur sejumlah AS$18bilion di Amerika Syarikat, dan pada 2016 sahaja China dianggarkan telah melabur antara AS$20-30bilion di negara itu.

Dasar laut Selat Melaka yang sempit menjadi lokasi strategik untuk kepentingan kententeraan negara China membina pelabuhan di Kuantan dan sebuah kompleks di Melaka sekiranya berlaku krisis antara China dan Amerika Syarikat.Dasar laut Selat Melaka yang sempit menjadi lokasi strategik untuk kepentingan kententeraan negara China membina pelabuhan di Kuantan dan sebuah kompleks di Melaka sekiranya berlaku krisis antara China dan Amerika Syarikat.

Justeru ujarnya kedudukan strategik Malaysia di laluan Laut China Selatan dan Selat Melaka mendorong China untuk meluaskan kuasa  ketenteraan dan ekonominya di rantau Asia ini.

“Walaupun nisbah penduduk Cina paling ramai di Taiwan, namun China tidak dapat melabur di sana dan beralih ke Singapura sebaliknya Singapura tidak mahu tunduk dengan dasar-dasar China apatah lagi orang Cina di Singapura tidak suka dengan kehadiran orang Cina dari negara China.

“ Begitu juga dengan Indonesia yang masih terberkas sejarah bagaimana penglibatan Parti Komunis China (PKC) menjatuhan negara itu.

“Malaysia sudah mempunyai hubungan baik dengan China sejak 1960-an. Malah 30 peratus penduduk Cina Malaysia banyak persamaan dengan rakyat China dari segi bahasa dan budaya mereka.

“Apabila wujudnya Forest City orang Cina tempatan tidak mampu membeli kediaman yang dibina kerana keutamaan diberi kepada orang Cina dari China menjadikan orang Cina tempatan merasakan mereka berstatus kelas ketiga.

“ Saya tidak bimbang 30 peratus orang Cina di Malaysia, ini kerana mereka akan dapat peluang menjalankan perniagaan dalam sektor tertentu yang dimonopoli usahawan Cina tempatan.Jika projek diambil kontraktor Cina tempatan apa yang tinggal pada Melayu?

“Bagi orang Melayu pun dapat (peluang), apabila Forest City jadi tempat persaraan orang Cina dari China kelak, kita bolehlah bekerja sebagai pemandu kenderaan, jururawat atau tukang cuci,” ujarnya.

Kadir turut menjelaskan China sedang mentranformasikan tentera laut litoral kepada tentera laut lautan biru membawa kepada minat China terhadap laluan Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Daripada pengamatannya dengan penguasaan negara itu terhadap dua laluan laut utama di Malaysia ini, ia sebagai usaha untuk mengawal Laut China Selatan dan Selat Melaka hingga ke Lautan Pasifik bagi melindungi saluran bekalan di laluan Laut China Selatan dan Lautan Hindi

“Dari segi kepentingan ketenteraan China akan bersaing dengan Amerika Syarikat untuk menguasai Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

“Dengan itu tidak dapat tidak China akan bertembung kekuatan tentera Amerika Syarikat di Selat Melaka
sebagai lokasi strategik antara sebab Kompleks Pelabuhan Melaka dan pelabuhan Kuantan di bina begitu mahal untuk mendalamkan dasar Selat Melaka bagi memudahkan kapal selam dan kapal perang China melaluinya kelak,” dakwa beliau.

Ditanya sama ada perjanjian yang dianggap sebagai menjejaskan kedaulatan negara boleh dibatalkan sekiranya pembangkang mengambil alih kuasa jika menang plihan raya?

“Tidak membantu apa-apapun sebab China menolak sebarang hujah yang tidak selari dengan dasar dan pegangan asal negara China.

“Dan disinilah Malaysia menjadi sasaran rasuah politik global. Apa saja Malaysia dan Najib mahu, China akan tunaikan asalkan mereka dapat mengawal Selat Melaka.

“Sebab itu China sedang membina pelabuhan laut dalam di Kuantan dengan terbinanya ECRL yang mana kapal selam dan kapal perang China akan datang dari Hainan terus ke Pelabuhan Kuantan.

“ Kuantan akan digunakan untuk ‘staging point’ dan untuk rondaan di Laut China Selatan. Sekiranya ada sebuah pelabuhan di Melaka kerana disitu Selat Melaka paling sempit antara Melaka dengan Pulau Rupat berhampiran Dumai Sumatera Tengah. Jika berlaku krisis global, China dengan mudah lakukan sekatan terhadap laluan di Selat Melaka,” terangnya.

Kadir menjelaskan sejarah kedatangan Laksamana Cheng Ho di era Kesultanan Melaka pada abad ke-15 di Melaka kerana kedudukan geografi pelabuhan Melaka yang strategik.

“Masa itu Cheng Ho bawa 300 buah kapal, 37,000 tenteranya. Hari ini sejarah kembali berulang tetapi manusia tidak mengambil iktibar sebab itulah China mahu membina pelabuhan disitu. Pelabuhan itu mahal kerana untuk mengali dasar bagi laluan kapal yang paling besar dan kapal selam China.

“China juga sedang bina pelabukan di Sri Langka dan Yemen,” ujarnya.

Justeru ujar beliau, Malaysia adalah sebahagian daripada cita-cita global China, manakala Najib dan kerajaan dakwanya termasuk dalam perangkap ekonomi dan kenteraan China.



Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara

Sekianlah artikel Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/malaysia-sebagai-gerbang-china-ke-asean.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia sebagai gerbang China ke Asean ancaman buat negara"

Posting Komentar