Judul : ‘PARTI AMANAH NEGARA KARTUNLAH!’ – NIK ABDUH
link : ‘PARTI AMANAH NEGARA KARTUNLAH!’ – NIK ABDUH
‘PARTI AMANAH NEGARA KARTUNLAH!’ – NIK ABDUH
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz membidas sikap Parti Amanah Negara (PAN) yang taksub mempertikaikan strategi Pas sedangkan parti itu tidak ada kena mengena dengan Pas.
Dalam entri Facebook terkini anak bekas Mursyidul Am Pas itu jelas menyentuh kepada pendirian PAN terhadap fitnah dah tohmahan yang dibuat terhadap parti pimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebelum itu, timbul desas-desus menyatakan UMNO akan menyerahkan beberapa negeri kepada Pas untuk ditadbir selepas PRU-14.
Sebelum ini, Abdul Hadi didakwa berkata negeri-negeri yang diserahkan itu adalah Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dengan menegaskan kerjasama politik itu penting demi kekuatan Melayu dan Islam.
Bagaimanapun dakwaan itu kemudiannya dinafikan Abdul Hadi dengan menegaskan Pas bertanding pada pilihan raya akan datang adalah untuk mencapai kemenangan.
Bagaimanapun ada juga mendakwa kelantangan Nik Abduh mengkritik PAN sebagai cubaannya mengurangkan kekecohan mereka yang mempertikaikan kekalahan teruknya sebagai Timbalan Yang Dipertua Pas Pengkalan Chepa baru-baru ini.
‘PARTI AMANAH NEGARA KARTUNLAH!’ – NIK ABDUH
Sekianlah artikel ‘PARTI AMANAH NEGARA KARTUNLAH!’ – NIK ABDUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca ‘PARTI AMANAH NEGARA KARTUNLAH!’ – NIK ABDUH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/parti-amanah-negara-kartunlah-nik-abduh.html
0 Response to "‘PARTI AMANAH NEGARA KARTUNLAH!’ – NIK ABDUH"
Posting Komentar