PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH

PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH
link : PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH

Baca juga


PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan beliau lebih mengetahui kekuatan PAS di negeri itu berbanding Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
Katanya, penglibatan bersama PAS selama lebih 30 tahun menjadikan beliau lebih arif mengenai kekuatan dan perjalanan sebenar PAS di negeri selatan tanah air itu.
“Orang Johor lebih tahu apa yang berlaku di Johor daripada Khairuddin. Dia orang Terengganu dan dia tak tahu kekuatan PAS (Johor) maknanya dia orang yang tak tahu perjalanan PAS di Johor.
“Saya terlibat lebih 30 tahun menguruskan PAS di Johor, jadi saya lebih mengetahui kekuatan PAS di Johor ini,” kata bekas pesuruhjaya PAS Johor itu kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Khairuddin semalam yang mengatakan Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberikan hak kepada pengundi Pagoh untuk menyokong pindaan Akta 355.
Malah, Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus berkata, PPBM yang diterajui Muhyiddin juga memerlukan sokongan PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata RUU bagi meminda akta berkenaan merupakan hasrat semua pihak termasuk pengundi parlimen Pagoh, namun ia harus bergantung kepada situasi semasa.
“Kami berada dalam PAS dulu pun, itu antara perkara yang kami hasratkan, maknanya inginkan keadilan dengan apa yang diperintahkan.
“Cuma dalam masa yang sama kita juga kena tengok realiti dan juga perkara semasa yang berlaku. Maksudnya apakah (pindaan) itu satu keutamaan yang perlu diutamakan pada hari ini,” kata Aminolhuda.
Katanya, ia bukan bermakna PAN menolak pindaan akta berkenaan kerana ia ‘adalah perkara yang berbeza’.
“Walaupun ada tuduhan yang menyatakan PAN menolak (pindaan Akta 355) sebenarnya dari segi roh ataupun hasrat kita kepada sistem Islam itu memang tinggi.
“Kita mengharapkannya dan perkara itu kalau dibawa pun akan dibincangkan secara lebih baiklah dalam parlimen,” tambahnya.


PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH

Sekianlah artikel PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pan-back-up-muhyiddin-di-pagoh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAN ‘BACK UP’ MUHYIDDIN DI PAGOH"

Posting Komentar