Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet !

Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet !
link : Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet !

Baca juga


Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet !

KUALA LUMPUR: Penggunaan Akta Hasutan (Akta 15) berkesan mengekang ekstremisme kaum dan agama, terutamanya kenyataan yang menghasut kebencian di media sosial.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata walaupun pengunaan akta itu tidak dipersetujui pihak tertentu, ia merupakan langkah menghalang kejadian membabitkan kaum dan agama tercetus.
“Kita mempunyai undang-undang yang ketat. Akta Hasutan boleh digunakan untuk menghalang perkara seperti itu dari berlaku, terutamanya kenyataan yang boleh menaikkan kemarahan kaum tertentu,” katanya.
“(Menghasut kebencian kaum) adalah kesalahan di bawah akta tersebut. Kita ada undang-undang lain yang boleh digunakan untuk mengawal tindakan seperti itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Annuar Abdul Manap (BN-Sekijang) yang bertanyakan mengenai langkah kerajaan membendung perpecahan kaum dan agama di media sosial, terutamanya kenyataan dan komen berunsur kebencian dari akaun palsu. 
Nazri, yang menjawab bagi pihak jabatan perdana menteri, berkata kementerian komunikasi dan multmedia memainkan peranan penting mengekang jumlah akaun media sosial palsu yang diciptakan dengan tujuan untuk menghasut kebencian kaum.
Beliau mendedahkan dirinya juga menjadi mangsa, apabila sejumlah akaun dicipta menggunakan namanya di internet.
Ahli Parlimen Padang Rengas berkata Akta Hasutan serta pantauan kementerian bertanggungjawab membantu membendung sebarang kejadian yang boleh mengganggu keharmonian pelbagai kaum.
“Saya percaya rakyat letih dan tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana ia mengajar kita kesederhanaan dalam negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya,” katanya.
Nazri yakin hubungan kaum akan bertambah baik kesan daripada pelbagai usaha yang diambil kerajaan, beliau bagaimanapun berkata internet menyediakan persepsi berlawanan.
“Sebelum ini, perbincangan yang boleh menyebabkan ketidakpuasan hati berlaku secara terpencil. Hari ini, penyataan seperti itu boleh dilakukan melalui Facebook dan dibaca oleh orang lain,” katanya#sumber


Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet !

Sekianlah artikel Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/nazri-aziz-akta-hasutan-berkesan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nazri Aziz: Akta Hasutan Berkesan Menangani Kebencian Di Internet !"

Posting Komentar