MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA !

MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA !
link : MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA !

Baca juga


MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA !

PETALING JAYA: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini mempersoalkan mengapa baru sekarang Malaysia tidak berminat meneruskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), selepas penarikan diri Amerika Syarikat (AS) daripada perjanjian itu.
Presiden Mapim Azmi Abdul Hamid berkata kenapa tidak dari dulu lagi kerajaan hentikan rundingan TPPA, apabila ramai golongan rakyat yang membantah perkongsian itu.
“Ketika rakyat bangkit menentang TPPA, kenapa kerajaan tidak mahu mempertimbangkan tuntutan rakyat menolak TPPA.
“Mengapa petunjuk untuk tidak meneruskannya harus ditunggu dari AS.
“Sekarang bila Malaysia sudah menandatangani TPPA, kerajaan perlu dengan rasmi mengisytiharkan pula menarik diri daripada TPPA dan semua langkah ratifikasi perlu dihentikan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata rakyat mendesak supaya kerajaan tidak hanya sekadar mengumumkan tidak berminat dengan TPPA, dan ingin menarik diri, tetapi keputusan itu perlu dibentangkan dengan jelas di Parlimen.
Azmi berkata berkata demikian ai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan Malaysia kurang berminat untuk meneruskan TPPA selepas penarikan AS daripada perjanjian itu.
Katanya, Malaysia serta negara seperti Vietnam, Singapura dan Brunei menyertai TPPA dengan tujuan utama untuk mendapatkan akses pasaran lebih baik terutamanya ke AS.
Azmi berkata pihaknya berkali-kali menegaskan TPPA adalah wahana penjajahan AS yang sentiasa melakukan sesuatu melalui mekanisme agenda ekonomi dunia melalui pelbagai perjanjian.
“Kami mengingatkan kerajaan Malaysia mengikat diri dengan perjanjian yang berisiko seperti TPPA akan membawa implikasi besar kepada kedaulatan negara ini sendiri.
“Kenapa MITI melihat tanpa AS, TPPA tidak bermakna dan tidak berkesan?,” soalnya.
Azmi berkata ini kerana AS menjadi kuasa ekonomi utama dalam merangka TPPA dan AS yang melakar konsep, syarat dan kerangka undang-undang dengan semuanya memberi kelebihan kepada kepentingan AS.
“Kenapa MITI tidak nampak hal ini sejak awal lagi dalam proses perundingan TPPA?
“Kami sudah berhujah banyak contoh kes bagaimana syarikat AS mengheret negara ke Mahkamah Perdagangan Dunia kerana undang-undang negara berkenaan menghalang syarikat konglomerat AS meraih keuntungan maksima daripada pelaburan mereka,” katanya. #sumber


MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA !

Sekianlah artikel MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/mapim-kenapa-baharu-sekarang-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAPIM: Kenapa Baharu Sekarang, Malaysia Dakwa Tak Minat TPPA !"

Posting Komentar