Judul : Lim Guan Eng Tempelak Rosmah
link : Lim Guan Eng Tempelak Rosmah
Lim Guan Eng Tempelak Rosmah
Lim Guan Eng Tempelak Rosmah. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan mempunyai kelayakan eksekutif sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Air Pulau Pinang (PBAPP), sungguhpun tidak mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan berkaitan pengurusan air.
Ini kerana beliau dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.
Justeru, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, adalah tidak wajar kedudukannya sebagai Pengerusi PBAPP dipertikaikan demi mempertahankan kelayakan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor dalam menguruskan Pusat Anak Permata Negara (Permata).
Lim Guan Eng Tempelak Rosmah. "Saya memegang jawatan kerana saya adalah Ketua Menteri dan jawatan Ketua Menteri adalah dipilih oleh rakyat.
"Datin Seri Rosmah tidak dipilih rakyat, beliau bukan wakil rakyat dan tidak ada apa-apa jawatan.
"Jangan bandingkan seseorang yang tidak mempunyai jawatan kecuali sebagai isteri perdana menteri, dengan jawatan yang dipegang oleh semua menteri besar dan ketua menteri," jelasnya yang juga Adun Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan kepada pemberita petang tadi.
Lim Guan Eng Tempelak Rosmah
Guan Eng mengulas kenyataan pembantu Rosmah, Rizal Mansor yang mempertikaikan kelayakan Guan Eng sebagai Pengerusi PBAPP.
Lim Guan Eng Tempelak Rosmah. Rizal menjawab kritikan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin yang mempertikaikan kelayakan akademik dan profesional Rosmah sebagai Pengerusi Permata. - md
Iklan
Lim Guan Eng Tempelak Rosmah
Sekianlah artikel Lim Guan Eng Tempelak Rosmah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Lim Guan Eng Tempelak Rosmah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/lim-guan-eng-tempelak-rosmah.html
0 Response to "Lim Guan Eng Tempelak Rosmah"
Posting Komentar