Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula

Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula
link : Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula

Baca juga


Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula

THE MALAYSIAN TIMES

GULA


KUALA LUMPUR: Kenaikan 11 sen harga gula pasir putih bertapis kasar berkuat kuasa 1 Mac lalu berpunca daripada kenaikan harga gula mentah yang diimport, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin.

Beliau berkata pada 2013 harga gula mentah import ialah US$0.15 bagi setiap 0.45 kilogram (kg) (nilai pertukaran ketika itu US$1=RM3.20) berbanding harga baharu US$0.21 bagi jumlah yang sama sekarang.

“Bermakna harga import itu sudah bertambah daripada perkiraan hampir 100 peratus dari harga mentah yang diimport dari luar negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin tahu faktor kenaikan harga gula sebanyak 11 sen kepada RM2.95 sekilogram berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.84 sekilogram.

Hamzah berkata secara keseluruhan kenaikan harga gula sebanyak 11 sen per kg iaitu 3.8 peratus daripada harga asal tidak memberi kesan kepada kenaikan harga makanan.

“Peningkatan itu adalah paling minimum dan pengguna perlu mengambil langkah mengurangkan penggunaannya. Setahun penggunaan gula bagi setiap seorang rakyat Malaysia ialah 25kg berbanding yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sembilan kilogram setahun.

“Sekiranya pengguna menurunkan peratusan gula dalam semua makanan mereka, maka dengan pertambahan 3.8 peratus harga gula, ia tidak akan memberi kesan besar,” kata Hamzah.



Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula

Sekianlah artikel Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/kenaikan-harga-gula-rakyat-diseru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kenaikan harga gula: Rakyat diseru kurangkan ambil gula"

Posting Komentar