"Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda

"Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda
link : "Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda

Baca juga


"Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda


PETALING JAYA: Lebih daripada 20 selebriti tempatan bakal terlibat pada Karnival Moh Ke Jengka 7, Pahang yang bakal diadakan selama tiga hari pada 18 hingga 20 Mac ini.

Pengurus projek berkenaan, Shahriza Mahmud berkata karnival itu diadakan bersempena majlis reunion bekas kakitangan Felda era 70-an bersama peneroka.

"Pada awalnya karnival itu diadakan secara sederhana sahaja bagi meraikan bekas kakitangan Felda di Jengka 7 tetapi saya fikir ini adalah alasan terbaik untuk acara itu diadakan secara besar-besaran.

"Karnival itu nanti bukan sahaja dapat meraikan bekas pekerja Felda tetapi ini peluang untuk semua peneroka dan penduduk kawasan sekeliling terlibat sama.


"Alhamdulillah acara ini juga mendapat sambutan dan kerjasama daripada barisan artis terkenal yang akan sama-sama berkampung di Jengka selama tiga hari untuk bersama peminat," katanya.
Antara barisan artis yang bakal menyertai karnival itu adalah Ana Raffali, Abon, Raja Azmi, Aznah Hamid, Elly Mazlein, Datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Encik Mimpi, Zahid dan ramai lagi.

Karnival itu akan diadakan di Padang Awam Jengka 7 bermula 8 pagi.

Dalam pada itu, Shahriza berkata, pelbagai aktiviti akan berlangsung pada karnival tiga hari itu termasuk persembahan artis, gerai jualan, karaoke terbuka, gotong-royong sekampung dan aktiviti sukaneka.

Kata Shahriza, walaupun ia diadakan di Jengka 7 namun pihaknya yakin dengan kehadiran ramai artis terkenal ia dapat menarik minat penduduk daripada kawasan sekitar untuk hadir pada acara itu.

"Selalunya jika ada sebarang karnival atau acara ia akan diadakan di pekan Jengka tetapi kali ini kami buat kelainan dengan mengadakan di Jengka 7.

"Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan yang pastinya akan menarik perhatian pengunjung pada karnival itu nanti.

"kehadiran barisan artis juga memberi tambah nilai dalam memberi penduduk di situ melihat dari dekat artis kesayangan mereka," ujarnya.

Tambah Shahriza lagi, beberapa aktiviti bagi menghargai kakitangan Felda yang diraikan juga turut diadakan dalam mengenang jasa mereka dalam pembangunan Felda di kawasan itu.

Sementara itu, Shahriza berkata, dia berharap karnival itu dapat menjadi acara tahunan dalam merancakkan aktiviti di kawasan Felda. #sumber


"Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda

Sekianlah artikel "Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/karnival-moh-ke-jengka-7-dengan-20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Karnival Moh Ke Jengka 7" Dengan 20 Artis Raikan Pesara Felda"

Posting Komentar