"JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU

"JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU
link : "JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU

Baca juga


"JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU

PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis mengesahkan pemandu remaja yang memecut melawan arah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan kelmarin sehingga menyebabkan seorang lelaki maut adalah orang kelainan upaya (OKU).
Seorang pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan kad OKU itu adalah asli dan dikeluarkan kepada remaja itu pada 2011.
“Doktor mencadangkan dia menyertai program pendidikan khas ketika dia memasuki tingkatan 1,” kata pegawai itu tanpa mengulas lanjut kepada FMT hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid yang dipetik China Press turut mengesahkan pemandu berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU.
Menurut laporan akhbar itu, seorang mangsa cedera turut mendakwa ibu suspek ada memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian.
Bagaimanapun, ketika kemalangan berlaku, kereta Gen-2 yang dipandu remaja itu tidak mempunyai pelekat OKU.
Pengguna Internet memuat naik gambar kad OKU yang mirip pemandu remaja itu, di mana kad terbabit dikeluarkan JKM pada 9 September 2011.
Tambahan, kad OKU itu turut tertera masalah pembelajaran dalam ruangan kategori ketidakupayaan.
Pada jam 7.50 pagi Selasa lalu, remaja yang memandu Proton Gen-2 itu melanggar 3 kenderaan sebelum membuat pusingan U beberapa meter dari Plaza Tol Sungai Dua dan memecut melawan arah trafik sejauh 5km di Km 134 Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah.
Ia kemudiannya merempuh Perodua Kelisa yang dipandu pekerja kilang, Mohamad Fandi Rosli, menyebabkan bakal bapa berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal.
Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Bagaimanapun, polis semalam berkata “ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina”.
Amfetamina ialah ubat yang lazim digunakan untuk gangguan defisit perhatian (ADD).
Semalam, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja itu selama 4 hari sehingga Sabtu ini bagi menyiasatnya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dia turut disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah. #sumber


"JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU

Sekianlah artikel "JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/jkmdan-polis-sahkan-remaja-pandu-gen-2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""JKM,Dan Polis Sahkan", Remaja Pandu Gen-2 Lawan Arus Adalah OKU"

Posting Komentar