Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia

Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia
link : Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia

Baca juga


Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Jepun dilapor menyediakan maklumat cap jari dan beberapa data lain kepada pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin negara itu, Kim Jong-un.
 
Agensi berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan Jepun berkata, maklumat cap jari berkenaan diperoleh oleh jabatan imigresen negara tersebut apabila Jong-nam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 2001 ketika dia cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu.
 
Ketika itu, Jong-nam memberitahu pihak berkuasa Jepun bahawa dia mahu mengunjungi taman teman Disneyland Tokyo.
 
Sumber berkenaan menjelaskan, pihak berkuasa Jepun turut menawarkan data berkaitan karakter fizikal dan gambar Jong-nam kepada Malaysia.
 
Maklumat tersebut dipercayai membantu penyiasat Malaysia untuk mengesahkan identiti mangsa sebagai Jong-nam selepas dia dikenali sebagai Kang Chol menerusi maklumat pada pasportnya.
 
Kerjasama antara kedua-dua negara itu didedahkan selepas waris atau ahli keluarga Jong-nam tidak tampil untuk menyediakan DNA bagi proses pengecaman.
 
Kyodo melaporkan, beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS) turut dipercayai terlibat dalam siasatan berkenaan atau membantu melindungi ahli keluarga Jong-nam susulan kebimbangan keselamatan mereka diancam oleh Korea Utara.
 
AS dan sekutu, Korea Selatan menuduh Pyongyang mendalangi kes pembunuhan Jong-nam yang hidup dalam buangan tetapi Korea Utara menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkan mangsa mati akibat serangan jantung.
 
Namun laporan bedah siasat yang dilaksanakan pakar dari Malaysia mendapati Jong-nam maut akibat terdedah kepada racun berbahaya, agen saraf VX yang disenaraikan sebagai senjata pemusnah yang diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
 


Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia

Sekianlah artikel Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/jepun-salur-maklumat-jong-nam-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jepun salur maklumat Jong-nam kepada Malaysia"

Posting Komentar