Judul : ‘HELLO UNCLE LIM, INI POLITIKLAH…’
link : ‘HELLO UNCLE LIM, INI POLITIKLAH…’
‘HELLO UNCLE LIM, INI POLITIKLAH…’
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 27 Mac 2017
Lim Kit Siang telah merungut tentang satu “jawatankuasa peringkat tinggi” rahsia dari BN yang memburuk-burukkan tentang DAP dan beliau.
Beliau telah mengadu tentang perkara ini dalam berpuluh-puluh kenyataan sepanjang 2 atau 3 bulan yang lepas melalui banyak kenyataan hariannya.
Hari ini, beliau melakukannya sekali lagi dan menulis:
” Semuanya mengikut rancangan – ada kempen yang sangat berkuasa dan yang dirancang dengan baik untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan dengan memburukkan DAP dan saya, dengan harapan sekurang-kurangnya untuk mematahkan semangat saya dan memaksa saya bersara dari politik.”
“Kempen yang dirancang dengan baik dan yang sangat berkuasa oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN untuk memburuk-burukkan dan memusnahkan saya dengan mematahkan semangat saya akan membuatkan keazaman saya lebih kukuh untuk tidak tunduk kepada “politik kotor” kebencian, ketakutan dan ugutan seperti itu.”
Hello, Uncle Lim,
Pertama sekali, ini adalah politik!
Anda dan orang DAP anda telah memburukkan UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lain selama beberapa dekad dengan harapan untuk memecahbelahkan BN.
Sekarang orang melakukan perkara yang sama kepada anda dan parti anda dan anda mengadu tanpa berhenti untuk berbulan-bulan lamanya?
Apa masalah anda? Adakah anda melihat Najib mengeluarkan berpuluh-puluh kenyataan merungut bagaimana anda dan DAP sentiasa memburuk-burukkan dan menyerang Najib dan isterinya?
Apa yang anda mahu BN lakukan? Memuji dan mencium anda?
Keduanya, ANDA yang berkata anda berfikir tentang persaraan di Gelang Patah dua hari lepas. Dan sekarang anda mengatakan bahawa orang lain yang mahu memaksa anda untuk bersara?
Haiyo. Semuanya anda yang katakan. Macam ini, anda memang sudah menanglah.
‘HELLO UNCLE LIM, INI POLITIKLAH…’
Sekianlah artikel ‘HELLO UNCLE LIM, INI POLITIKLAH…’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca ‘HELLO UNCLE LIM, INI POLITIKLAH…’ linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/hello-uncle-lim-ini-politiklah.html
0 Response to "‘HELLO UNCLE LIM, INI POLITIKLAH…’"
Posting Komentar