Judul : Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370
link : Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370
Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370
Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370. Malaysia Airline System Bhd (MAS) berharap usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang 3 tahun lepas, akan disambung semula sekiranya pasukan penyiasat mendapati wujud petunjuk yang boleh dipercayai.
Satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak MAS oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini berkata syarikat penerbangan itu bekerjasama rapat dengan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Malaysia dan memberi kerjasama penuh kepada pasukan itu.
Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370. “Seperti biasa, kami berpandukan kepada sebarang keputusan yang dibuat ketiga-tiga kerajaan yang terlibat dalam penyiasatan dan usaha mencari pesawat berkenaan,” kata MAS.
Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Laluan penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pada 22 Julai tahun lepas, mesyuarat peringkat menteri 3 negara melibatkan Malaysia, Australia dan China bersetuju menggantung usaha mencari penerbangan MH370 setelah pencarian peringkat awal meliputi kawasan seluas 120,000 km persegi gagal mengesan pesawat itu.
Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370
Hari ini, MAS dan MAB mengadakan satu majlis tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi memperingati MH370, yang dihadiri petugas syarikat penerbangan itu dan ahli keluarga 13 anak kapal pesawat malang berkenaan.
Majlis itu memperingati 13 anak kapal berkenaan berserta bacaan doa dan tafakur selama seminit, di samping tayangan video sebagai penghormatan kepada mereka yang masih hilang.
Dalam kenyataan itu, MAS mengulangi komitmennya untuk memaklumkan kepada waris terbabit tentang perkembangan terkini berkaitan MH370.
Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370. “Doa dan harapan kami mengiringi mereka yang terjejas oleh tragedi ini,” katanya. - fmt
Iklan
Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370
Sekianlah artikel Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/harapan-mas-sempena-ulang-tahun-ke-3.html
0 Response to "Harapan MAS Sempena Ulang Tahun Ke 3 Kehilangan Misteri MH370"
Posting Komentar