"Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir

"Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir
link : "Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir

Baca juga


"Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir

KUALA LUMPUR: Diplomat Korea Utara yang diusir meninggalkan kritikan terakhir buat kerajaan Malaysia tentang siasatan ke atas pembunuhan abang sebapa pemimpin Korea Utara, menyifatkan siasatan itu berat sebelah.
Bercakap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas, diplomat Kang Chol membidas siasatan apa yang beliau dakwa “siasatan tidak adil oleh polis Malaysia”.
Pembunuhan Kim Jong Nam dengan agen saraf VX di lapangan terbang yang sama bulan lepas mencetuskan perbalahan antara kedua negara.
Korea Utara belum mahu mengiktiraf identiti si mati tetapi mengkritik siasatan ke atas pembunuhannya dan bedah siasat, menuduh Malaysia berpakat dengan negara musuh.
“Mereka menjalankan bedah siasat tanpa izin dan kehadiran pegawai kedutaan Korea Utara dan kemudian menangkap warga Korea Utara tanpa bukti jelas yang menunjukkan pembabitannya dalam kejadian itu,” kata Kang Chol.
Korea Selatan menyalahkan Korea Utara untuk pembunuhan itu, merujuk kepada apa yang dikatakan arahan daripada pemimpin Korea Utara Kim Jon Un untuk membunuh abang sebapanya yang dilihat sebagai individu yang mungkin menjadi pesaingnya.
Sebelum diplomat meninggalkan lapangan terbang, polis bersenjata raifel tempur menutup pintu masuk ke kedutaan Korea Utara, bersama kenderaan dan motosikal polis berhampiran mereka.
Kang Chol meninggalkan kedutaan dengan kereta Jaguar hitam – bendera kecil Korea Utara yang menandakan penumpangnya seorang duta tidak lagi dipasang pada bonet. Beliau membawa bersama sebuah TV jenama Philips, 3 beg bimbit dan 4 kotak vakum dengan perkataan DPRK Pyongyang tertera padanya.
Pegawai kanan kerajaan memberitahu AFP beliau dijangka meninggakan negar menaiki penerbangan MH360 jam 6.25 petang ke Beijing, beberapa minit selepas tamat tempoh pengusiran.
Malaysia mengisytiharkan Kang Chol persona non grata pada Sabtu dan memberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini selepas beliau gagal memohon maaf kerana mengkritik siasatan pihak berkuasa.
Pertelingkahan diplomatik tercetus bulan lepas apabila polis menolak tuntutan diplomat Korea Utara meminta mayat Jong Nam diserahkan.
Angkatan musuh
Kang Chol kemudian mendakwa siasatan bermotif politik dan Kuala Lumpur berpakat dengan “angkatan musuh”, merujuk kepada seteru mereka, Korea Selatan.
Malaysia memanggil Kang Chol untuk dimarahi, sementara perdana menteri menyifatkan kenyataan duta sebagai “biadap”.
Malaysia juga memanggil pulang duta ke Pyongyang dan membatalkan aturan bebas visa dengan Korea Utara. Ia mengarahkan duta diusir selepas beliau gagal menghadap Wisma Putra apabila dipanggil pada Sabtu.
Kementerian luar negeri berkata pengusiran itu “sebahagian daripada proses kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungan” dengan Korea Utara.
Pertelingkahan itu turut membawa ke arena sukan, apabila pihak berkuasa bola sepak Malaysia melarang pasukan negara bermain di pusingan kelayakan Piala Asia di Pyongyang – atas alasan ancaman keselamatan susulan pengusiran itu.
Polis memburu 7 suspek Korea Utara dalam siasatan mereka, 4 daripadanya meninggalkan Malaysia pada hari pembunuhan. Pada Jumaat, polis melepaskan satu-satunya warga Korea Utara yang ditahan kerana kekurangan bukti.
Ri Jong Chol selepas dihantar pulang mendakwa polis menawarkan kehidupan yang selesa di Malaysia sekiranya beliau membuat pengakuan palsu, dan mendakwa siasatan itu “konspirasi untuk mencemar maruah Republik (Korea Utara)”.
Dua wanita – seorang warga Vietnam dan seorang warga Indonesia – sudah didakwa atas tuduhan membunuh. Rakaman CCTV lapangan terbang menunjukkan mereka mendekati lelaki berusia 45 tahun itu dan dilihat menyapu mukanya dengan kain.
Polis berkata beliau mengalami serangan tiba-tiba dan mati kurang dari 20 minit kemudian. Sampel yang diambil dari muka si mati menemui kesan agen saraf VX. #sumber


"Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir

Sekianlah artikel "Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/duta-korea-utara-di-usir-kang-chol.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Duta Korea Utara Di Usir", Kang Chol Kritik Malaysia Kali Terakhir"

Posting Komentar