DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak

DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak
link : DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak

Baca juga


DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak

PETALING JAYA: PAS hari ini menuduh DAP sebagai anti Islam kerana menolak guru pendidikan agama Islam dari Semenanjung Malaysia mengajar di Sarawak.
PAS Selangor berkata ucapan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat semalam “secara terang-terangan” menunjukkan sikap DAP, manakala PAS Sarawak berkata ia mengapi-apikan perbezaan agama di negeri itu.
“Jika DAP diberi peluang kelak, perbalahan agama boleh tercetus dan kita yakin semua masyarakat termasuk tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini,” kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.
“Kita minta DAP jangan bermain isu agama dan perkauman kerana boleh mengundang suasana yang tidak elok,” katanya.
Semalam, Chieng Jen berkata dengan membawa masuk guru agama “import” yang “sempit” pemikiran dari Semenanjung, ia akan hanya mengganggu keharmonian antara kaum di Sarawak.
Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo berkata DAP cuba menjadi jaguh sentimen kenegerian tetapi bertindak mengapi-apikan perbezaan agama.
“Sewajarnya DAP Sarawak menjadikan keunikan dan keharmonian segala perbezaan yang ada di negeri ini sebagai kebanggaan tersendiri. Bukan memperleceh dan memandang pihak lain dengan tanggapan pecah belah, lebih-lebih lagi perkara melibatkan sensitiviti dan sempadan agama,” katanya dalam satu kenyataan.
Khairuddin turut membidas sekutu DAP dalam Pakatan Harapan kerana membisu terhadap ucapan Chieng Jen.
“Apakah ini polisi sebenar Pakatan Harapan? Kita mahu mendengar pendirian rakan Pakatan Harapan yang lain.
“Kenyataan DAP itu menimbulkan rasa marah di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara ini.
“Ini bukan soal PAS atau sesiapa tetapi kita tidak mahu profesion guru diperlekeh, sebab guru dari Semenanjung sudah lama berkhidmat di Sarawak dan Sabah, kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dibuat kerana ia merumitkan lagi keadaan,” katanya. #sumber


DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak

Sekianlah artikel DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/dap-anti-islam-tolak-guru-agama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP Anti Islam, Tolak Guru Agama 'Semenanjung' Mengajar Di Negeri Sarawak"

Posting Komentar