China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam

China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam
link : China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam

Baca juga


China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam

China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam. Selepas laporan di Japan Times semalam mendedahkan pihak berkuasa Jepun memberi data cap jari untuk membantu polis Malaysia membuat pengenalan positif identiti Kim Jong Nam, kini China juga tampil memberi bantuan serupa.

The Star melaporkan polis di sini bekerjasama dengan rakan di China yang membantu dalam siasatan pembunuhan Jong Nam, iaitu abang sebapa pada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam. “Polis Malaysia bekerjasama dengan rakan di China menerusi Interpol. Lebih 20 anggota dan pegawai polis dari China membantu dalam proses mengenal pasti Jong Nam, begitu juga dalam aspek lain,” kata akhbar itu memetik sumber.

Sin Chew Daily melaporkan Jong Nam bersama keluarganya hidup dalam buangan di China, di mana isteri pertama bersama anak perempuannya tinggal di Beijing, manakala isteri ke-2 dan anak lelakinya, Han Sol, menetap di Macau.

Sehubungan itu, kerajaan China mempunyai cap jari semua ahli keluarga Jong Nam.

“Pengesahan menerusi pangkalan data cap jari ialah sebahagian proses mengenal pasti mangsa dalam konteks DNA.

China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam


“Ia boleh diterima selain ujian sampel tisu mangsa, rambut dan darah dengan ahli keluarganya,” kata sumber yang dipetik The Star.

Menurut The Star, data biometrik Jong Nam juga disimpan oleh negara lain susulan kekerapan perjalanannya ke beberapa negara, termasuk Singapura dan Jepun.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mayat warga Korea Utara itu memang Kim Jong Nam.

“Kami kini mengesahkan Kim Chol ialah Kim Jong Nam,” kata Khalid, tetapi enggan mengulas lanjut bagaimana identiti itu disahkan.

“Kami memenuhi semua keperluan undang-undang dalam mengenal pasti beliau. Demi keselamatan saksi, saya tidak akan beritahu bagaimana ia dilakukan,” katanya pada wartawan ketika itu.

Jong Nam ialah anak sulung bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il, dan sebelum insiden Jepun 2011, beliau dikatakan bakal menjadi pemimpin seterusnya republik itu.

Ketidaksefahaman antaranya dengan bapa, dan kemudian adik sebapanya, yang kini pemimpin Korea Utara, menyebabkan beliau hidup dalam buangan di China.

China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam


Pengesahan konklusif terhadap identitinya itu menjadi punca perbalahan antara Malaysia dan Korea Utara, kerana Pyongyang berkata lelaki itu ialah diplomat dan mendesak mayatnya dipulangkan.

Korea Utara bertegas yang si mati ialah Kim Chol, seperti nama yang tertera dalam pasport diplomatik digunakan Jong Nam ketika beliau meninggal dunia. Mereka juga mendakwa beliau mati kerana serangan jantung.

Jong Nam dibunuh pada 13 Februari sementara menanti pesawat ke Macau. Beliau diserang 2 wanita yang meraup wajahnya dengan sejenis cecair yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX, racun kimia diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam.  Jong Nam maut dalam tempoh 20 minit selepas diserang. Kedua-dua wanita itu, masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, didakwa atas tuduhan membunuh sementara polis masih mencari 2 lelaki Korea Utara yang dipercayai bersembunyi di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image






China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam

Sekianlah artikel China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/china-bantu-siasat-kes-bunuh-kim-jong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "China Bantu Siasat Kes Bunuh Kim Jong Nam"

Posting Komentar