Judul : Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu
link : Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu
Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu
Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu. Empat kawasan PAS di Terengganu yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri Satiful Bahri Mamat berkata 4 kawasan itu ialah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu. “Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar PAS nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh majlis syura.
“Bagi PAS Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan… seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar PAS berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Ditanya mengenai keputusan 4 lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, Satiful berkata keempat-empat kawasan itu sudah selesai mengadakan mesyuarat agung sebelum isu kerjasama dengan PKR kembali hangat diperkatakan.
Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu
Beliau berkata usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh wanita PAS pada muktamar tahun lalu.
“Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut,” katanya.
Ketika ditanya adakah PAS akan terjejas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang sekiranya majlis syura bersetuju untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Satiful berkata PAS Terengganu dijangka tidak mempunyai masalah besar dalam hal itu.
“Terengganu tak ada masalah sangat, tapi tak tahu di negeri lain macam Selangor. Tapi ini perkara yang berbeza kerana sekarang adalah hubungan antara parti dengan parti, bukan PAS dalam kerajaan,” katanya.
Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu. Semalam, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR. - fmt
Iklan
Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu
Sekianlah artikel Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/berita-mengejutkan-dari-pas-terengganu.html
0 Response to "Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu"
Posting Komentar