ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru !

ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru !
link : ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru !

Baca juga


ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru !


KUALA LUMPUR: Keengganan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri Selangor bekerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan dilihat cuba mensabotaj usaha mendaftar pengundi baru.
ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee berkata pejabatnya telah mengemukakan cadangan untuk menganjurkan kempen pendaftaran pemilih bersama SPR sebanyak 12 kali sejak 2016.
Malangnya, sehingga kini hanya dua kali ia berjaya dianjurkan.
Menurutnya, SPR memberi seribu satu alasan termasuk kononnya telah merancang aktiviti lain lebih awal. “Hal ini berlaku di seluruh negeri Selangor.
“Dengan penangguhan proses pendengaran awam cadangan persempadanan semula Selangor, SPR di sini sepatutnya ada banyak masa lapang berbanding negeri lain,” jelasnya kepada Roketkini.
Menurut Eddie, sikap ‘berat sebelah’ SPR itu semakin melampau sejak Datuk Seri Hisham Abdullah dilantik sebagai pengerusi baru SPR menggantikan Tan Sri Abdul Aziz pada Januari 2016.
“Saya melihat ia sebagai tindakan sabotaj kerana jika merujuk kepada corak mengundi dalam PRU 13, pengundi generasi X lebih memihak kepada pakatan pembangkang kerana hilang keyakinan terhadap UMNO BN.
“Hal ini membuktikan kegagalan dan ketidakcekapan SPR memikul tanggungjawab bagi memastikan warganegara yang layak mengundi didaftarkan sebagai pemilih,” katanya.
Badan pendesak pilihanraya, Bersih 2.0 baru-baru ini melaporkan lebih 4.4 juta individu yang layak mengundi masih belum mendaftar.
Timbalan Pengerusinya, Shahrul Mohd Aman Saari mendakwa SPR telah menyukarkan proses pendaftaran pengundi, sekaligus dianggap gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. #sumber


ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru !

Sekianlah artikel ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/adun-balakong-spr-sabotaj-usaha-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ADUN Balakong: SPR Sabotaj Usaha Pakatan Daftar Pengundi Baru !"

Posting Komentar