Judul : Azmin Ali Bagi Amaran
link : Azmin Ali Bagi Amaran
Azmin Ali Bagi Amaran

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata bagaimanapun sekiranya ada pemimpin Umno yang merasakan parti mereka telah rosak, maka mereka berhak untuk meninggalkan parti dan bersama PH menyertai reformasi bersama membela nasib rakyat.
Azmin Ali Bagi Amaran. “Untuk menyertai mana-mana anggota dalam PH, mereka perlu melalui proses supaya tidak ada satu suasana yang boleh rosakkan keharmonian dalam PH,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Bual Bicara Muafakat di Bemban, Jasin, semalam.
Turut hadir Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Timbalan Menteri Industri Utama, Naib Presiden PKR Tian Chua dan kira-kira 200 anggota PKR negeri Melaka.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa hari ini yang mendakwa banyak tawar-menawar berlaku supaya Ahli Parlimen Umno menyertai parti lain.
Mohamed Azmin berkata Reformasi 2.0 yang diperjuangkan PH bukan lagi sebuah gerakan menjerit dan turun ke jalanan, sebaliknya sebuah gerakan bagi melaksanakan janji kepada rakyat yang dibuat pada pilihan raya umum ke-14 lalu.
Azmin Ali Bagi Amaran
Beliau berkata rakyat telah memberikan kepercayaan kepada PH untuk menerajui kerajaan dan membela nasib mereka, justeru kuasa yang diperoleh itu perlu digunakan sebaiknya bagi melaksanakan aspirasi rakyat.
“Setiap pejuang dalam parti PKR harus fahami konsep dan prinsip refomasi itu dengan jelas. Pada peringkat awal kita mengerahkan kekuatan rakyat untuk menuntut sebuah kerajaan yang adil serta dapat memberi kemakmuran kepada negara dan juga rakyat keseluruhanya.
“Dalam fasa kedua ini adalah pelaksanaan kata-kata kita, kita mahu lakukan perubahan dalam tempoh 100 hari ini dan banyak perkembangan positif telah dilakukan,” katanya.
Beliau berkata antara perkembangan positif dicapai ialah kerajaan telah menjamin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara adil dan saksama tanpa campur tangan politik.
Azmin Ali Bagi Amaran
Katanya kerajaan juga memberi kuasa dan kebebasan kepada Pejabat Ketua Audit Negara supaya dapat melakukan audit pada semua kementerian, jabatan dan agensi tanpa campur tangan pihak eksekutif. - free malaysia today
Iklan
Azmin Ali Bagi Amaran
Sekianlah artikel Azmin Ali Bagi Amaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Azmin Ali Bagi Amaran linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/09/azmin-ali-bagi-amaran.html
0 Response to "Azmin Ali Bagi Amaran"
Posting Komentar